Siakap Keli

Dua Beranak Temui Botol Bersurat Berusia 50 Tahun, Sedang Jejaki Penulis Sebenar

Paul Elliot bersama anaknya Jyah yang berasal dari Australia selatan memaklumkan kepada ABC bahawa mereka menemui botol di pantai barat Semenanjung Eyre baru-baru ini semasa memancing.

Elliot mengatakan bahawa dia sedang mencari penulis surat, Paul Gilmore yang dinyatakan dalam surat merupakan seorang kanak-kanak Inggeris berusia 13 tahun, berlayar di sepajang pantai Australia selatan dari Fremantle ke Melbourne.

Tertera di bahagian atas surat tersebut dengan tulisan tangan yang bertarikh 17 November 1969.

Isi surat itu mengatakan bahawa dia sedang dalam sebuah kapal yang membawa pendatang British yang hendak ke Australia pada tahun 1960 di bawah bantuan skim laluan.

Lelaki dalam surat menggesa sesiapa yang menemui nota tersebut hendaklah membalasnya dan memberikan alamat di Melbourne.

Pada hari Khamis, ABC melaporkan bahawa mereka berjaya menjejaki kakak Gilmore, Annie Crossland.

“Kali terakhir dia berada dalam sebuah kapal yang mungkin berlayar ke Australia.” Maklum kakaknya kepada ABC.

Keluarga itu tinggal di Australia sehingga tahun 1973, sebelum kembali ke UK.

Sumber: The Guardian

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)