Siakap Keli
Gambar Hiasan

FaceApp Nafi Jual Atau Sebarkan Foto-Foto ‘Wajah Tua’ Pengguna Kepada Pihak Ketiga

Seolah-olah dibawa jauh ke masa hadapan, anda dapat melihat sendiri wajah anda ditelan waktu. Hanya dengan menggunakan aplikasi, anda dapat ‘meramal’ bagaimana rupa anda sekitar 30 tahun kemudian, sungguh mengujakan.

Meriah di media sosial, tatkala rakan-rakan memuatnaik gambar dan video ‘hari tua mereka’. Tidak terkecuali para selebriti yang turut serta menggamatkan suasana. Malah, dapat dilihat tanda palang #faceapp sentiasa berlegar di mana-mana medium perkongsian berkenaan.

Gambar Hiasan

Namun hari ini, heboh diperkatakan mengenai dakwaan bahawa aplikasi berkenaan mampu ‘mengganggu’ privasi penggunanya. Justeru, pihak FaceApp sendiri tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Aplikasi yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs itu mengatakan dalam kenyataannya bahawa mereka (FaceApp) sebenarnya tidak mempunyai akses kepada foto pengguna di dalam telefon tanpa kebenaran. Malah kebanyakan foto pengguna akan dipadam daripada server mereka dalam tempoh 48 jam setelah ia dimuat naik.

Mereka malah menafikan telah menjual atau berkongsi sebarang maklumat kepada pihak ketiga. Walaupun mereka mempunyai akses kepada foto yang dimuatnaik untuk disunting (dalam aplikasi), kesemua foto-foto itu akan disunting di dalam cloud. 

Gambar Hiasan

Bahkan, pihak FaceApp mengesyorkan kepada pengguna, untuk penggunaan yang lebih baik, pengguna boleh memilih “Settings->Support->Report a bug” dengan perkataan “privacy”.

Sumber: Tech Crunch 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)