Siakap Keli
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Pernah Terlepas Hukuman Penjara Atas Dakwaan Bunuh Majikan Sebab Nama Salah Eja Dalam Waran Tangkap

Suatu petang pada 28 Ogos 1986, seorang lelaki telah bertemu dengan majikannya untuk membincangkan perihal gajinya yang masih belum dibayar berjumlah kira-kira SDG 1,000 (RM3023.60 mengikut nilai semasa).

Setelah meminum bir, beliau berbual-bual dengan majikannya itu dan menuntut supaya bayaran itu dijelaskan segera. Namun permintaan tersebut akhirnya menyebabkan pertengkaran dan pergelutan. Lantas lelaki berkenaan mencapai sebuah tukul berhampirannya dan memukul majikannya itu berulang-ulang kali di bahagian kepala dan dadanya.

Dan saat si majikan mengerang kesakitan, lelaki tadi melemparkan tukul berkenaan ke tanah dan segera meninggalkan tempat kejadian. Beliau yang merupakan seorang warganegra Malaysia telah melarikan diri dengan menyeberangi tambak menuju ke Johor Bahru. Malam itu, seorang pekerja menemui jasad majikan terbabit dan melaporkannya kepada pihak polis.

Gambar Hiasan

Justeru, Pihak Berkuasa Singapura ketika itu mengeluarkan waran tangkap untuk memberkas lelaki berkenaan. Namun mereka tidak berjaya menahannya kerana waran tersebut tertulis ejaan nama yang salah. Waran itu sebenarnya ditulis mengikut nama yang tertera pada permit kerja beliau. Perkara ini ternyata menyukarkan misi polis untuk menangkap lelaki terbabit.

Gambar Hiasan

Masa berganti masa, pada tahun 2006, teknologi cap jari diperkenalkan di checkpoint pemeriksaan sempadan Singapura. Lalu dengan kecanggihan teknologi, lelaki itu dikaitkan semula dengan jenayah lampau yang pernah dilakukannya. Beliau telah berjaya ditahan di Checkpoint Woodlands pada tahun 2016.

Gambar Hiasan

Dan setelah 33 tahun, beliau mengaku bersalah menyebabkan kematian majikannya dahulu. 15 Julai 2019, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun setengah kepadanya.

Sumber: The Newspaper Singapore 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)