Siakap Keli
Gambar Hiasan

Studio Animasi Di Kyoto Didakwa Sengaja Dibakar, 2 Orang Dilaporkan Maut Dan 40 Cedera

Bagi yang kenal atau minat dengan animasi Jepun bertajuk K- On dan Haruhi Suzumiya pasti tahu nama di mana letaknya Studio Animasi Kyoto dan hari ini, studio tersebut dipercayai sengaja dibakar ketika pekerja lain sibuk menyelesaikan tugasan di studio tersebut.

Kira-kira dua orang yang terbunuh manakala 40 orang yang lain mengalami kecederaan yang serius serta sebilangan lagi dikhuatiri dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut sumber pasukan bomba negara tersebut, kejadian ini disengajakan oleh individu yang tidak dirahsiakan identitinya namun dipercayai seorang lelaki berusia 40 tahun. Kini dirawat di sebuah hospital akibat menderita kejadian kebakaran itu.

Kebakaran yang dipercayai berlaku pada bangunan tiga tingkat tersebut pada pukul 10.30 waktu tempatan. Asap hitam yang keluar dari bangunan tersebut menunjukkan bahawa api marak menyambar lantai bangunan tersebut.

Api yang marak selama 2 jam itu berjaya dipadamkan oleh anggota bomba yang bertugas. Walaubagaimanapun, pihak bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk padamkan api dan mengeluarkan asap pada bangunan tersebut.

Sementara itu, polis tidak dapat mengenalpasti motif utama pelaku atas pembakaran di studio berkenaan. Mengikut kata saksi, mereka melihat seorang lelaki menyimbah satu cecair pada bangunan tersebut sebelum membakarnya.

Bagaimanapun, syarikat Kyoto Animation Co. mendakwa kes kebakaran ini masih di bawah siasatan.

 

Sumber: Crunchyroll 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)