Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Daily Burn/Mirror)

Tak Tahan Asyik Kena Bebel, Lelaki Cederakan Muka Isteri Dengan ”Dumbbell”

Seorang wanita berusia 37 tahun telah mengalami satu mimpi buruk dalam hidupnya selepas suami dilaporkan telah menghentam “dumbbell” ke muka dan kepalanya beberapa kali.

Hentaman itu telah menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk makan dan minum buat beberapa bulan selepas itu.

Kejadian tersebut telah berlaku kira-kira lapan bulan yang lepas namun wanita itu masih lagi menjalani rawatan di hospital sehingga hari ini.

Suspek dikatakan telah berbuat sedemikian selepas mendakwa isterinya membebel kepadanya untuk memakan ubatan.

Foto: MEN Midea/Mirror UK

Lelaki tersebut telah ditahan polis tidak lama selepas kejadian dan pernah diarahkan ke mahkamah atas tuduhan cubaan membunuh.

Bagaimanapun, dia disahkan mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mampu untuk hadir ke perbicaraan. Beliau kemudiannya menyerahkan kepada pasukan guamannya untuk mempertahankan beliau.

Menurut pihak pendakwaan, suspek dipercayai telah memukul isterinya dengan dumbbell sekurang-kurangnya tiga kali di muka dan kepala.

Ia menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala termasuklah pendarahan di otaknya. Sehingga kini, mangsa dikatakan sukar untuk makan dan minum serta bertutur.

Suspek pula dilaporkan telah dipindahkan ke Penjara Doncaster, walaupun disahkan menghidap paranoid schizophrenia.

Menurut seorang doktor dari Pusat Humber, suspek memerlukan rawatan serta perubatan namun adalah berbahaya untuk membiarkannya di kawasan awam seperti hospital.

Sumber: GrimsbyLive, Mirror

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi