Siakap Keli

Tragis, Payung Terjun Tak Terbuka Di Udara, Hasrat Askar Kahwin Bulan Depan Tinggal Kenangan

Seorang askar yang sedang melakukan latihan terjun dilaporkan telah terbunuh setelah payung terjun miliknya tidak berfungsi kerana gagal dibuka. Akibatnya, tubuh askar tersebut terhempas di salah satu sawah yang terdapat di daerah Muang Lop Buri.

Leftenan Watcharapong dari unit infantri Prachuap Khiri Khan dikatakan melakukan terjunan dari sebuah pesawat tentera pada jam 1.30 petang Isnin lalu. Tubuhnya yang tersadai di kawasan sawah itu segera dihantarkan ke Hospital Ananda Mahidol.

Gambar: Thaivisa

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai tentera di tempat kejadian tidak memberikan sebarang komen mengenai kejadian tersebut. Mangsa yang terbunuh merupakan salah seorang pelatih di Erawan Military Camp’s Special Warfare School.

Lebih memilukan, mangsa dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangan pilihannya pada bulan hadapan. Namun, majlis tersebut terpaksa dibatalkan berikutan kejadian tersebut. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh teman wanita askar tersebut.

Perkahwinan kami tidak dapat diteruskan. Terdapat kemalangan payung terjun yang tidak disangka-sangka berlaku. 

Sumber: Thairath, Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa