Siakap Keli

Tular Rakaman Remaja Perempuan Pijak Naskhah Didakwa Al-Quran, Tindakan Tak Sensitif Dikecam

Al-Quran merupakan kitab suci yang sangat dimuliakan di dalam agama Islam. Setiap orang Islam perlu menghormati dan menjaga adab terhadap setiap naskah al-Quran yang ada. Tindakan atau perbuatan yang tidak menghormati al-Quran merupakan perbuatan terkutuk yang perlu dielakkan khusus bagi muslimin dan muslimat.

Terbaru, tular satu rakaman yang memaparkan seorang remaja perempuan dilihat memijak satu naskah yang dipercayai Al-Quran berwarna hijau. Rakaman tersebut dilihat telah dikongsikan oleh rata-rata warganet yang jelas kesal dengan tindakan remaja tersebut.

Melalui rakaman tersebut, percakapan remaja-remaja tersebut kedengaran mempunyai kata-kata kesat dan juga berbaur lucah.

Tindakan remaja perempuan tersebut telah mengundang reaksi marah rata-rata netizen yang kesal dengan tindakan yang dilakukan itu.

“Teruknya perangai ingat al-Quran boleh buat main ke”

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menerangkan situasi yang berlaku di dalam rakaman tersebut. Menurut mereka, remaja berkenaan dipaksa untuk bersumpah dengan al-Quran.

“Kalau kita kan junjung atas Quran, dia pulak pergi berdiri atas Quran”

“Kawan dia siap cabar dia minum “air tawar”

“Aku rasa budak ni Oku, lurus bendul, lembam, jenis ikut orang suruh buat”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra