Siakap Keli

Walaupun Sekatan Dilonggarkan, Dasar Amerika Syarikat Terhadap Huawe Tidak Berubah

Amerika Syarikat (AS) boleh meluluskan lesen untuk syarikatnya meneruskan penjualan baru kepada Huawei, yang merupakan pembuat peralatan telekomunikasi terbesar dunia, dalam masa dua minggu.

Usaha ini dicadangkan baru-baru ini bagi meringankan sekatan terhadap syarikat China supaya boleh bergerak maju dengan cepat.

Selepas pertemuan antara Presiden China Xi Jinping dengan Presiden AS Donald Trump di luar acara Sidang Kmeuncak G20 di Osaka pada bulan lalu, pentadbiran AS pun melonggarkan sekatan eksport ke Huawei.

Sekiranya Washington membenarkan syarikat AS berdagang produk yang tidak berkaitan keselamatan negara dengan Huawei, ia akan mengurangkan tekanan yang dialami syarikat China itu.

Baru-baru ini, Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross memberitahu bahawa lesen akan dikeluarkan jika tiada ancaman terhadap keselamatan negara AS. Langkah ini dilihat sebahagian daripada dasar untuk meringankan kesulitan yang dihadapi oleh banyak syarikat AS, setelah dilarang menjual komponen kepada Huawei.

Penyenaraian hitam Huawei memberi implikasi serius terhadap syarikat di kedua-dua negara ini. Kemungkinan besar itu penyebab pentadbiran AS memberi penangguhan tiga bulan apabila Huawei ditambah ke dalam senarai hitam itu.

Malahan, syarikat AS berhenti menjual barang buatan AS ke Huawei, tapi tidak lama kemudian mula menghantar barang bukan buatan AS ke syarikat China setelah mempelajari klausa larangan perdagangan.

Selain itu, kelonggaran tidak semestinya menandakan perubahan dalam pendirian asas AS di Huawei atau berakhirnya konfrontasi teknologi Sino-AS.

Bagi permulaan, Huawei tidak dikeluarkan daripada senarai Entiti. AS benarkan syarikat Amerika untuk menjual produk tersebut yang menurut persepsinya tidak mengancam keselamatan negara AS.

Juga menganggap Huawei adalah sebuah syarikat yang kerja untuk kerajaan China dan bukan syarikat swasta yang punyai kerajaan China sebagai pelanggannya.

Menghapuskan perusahaan dari Daftar Entiti merupakan satu proses yang agak rumit dan ini bermakna Huawei masih boleh kekal dalam senarai untuk beberapa waktu.

AS mungkin mempunyai sekatan ringan pada Huawei, dan itu saja belum cukup bagi syarikat China untuk kembangkan pasaran luar negerinya. Maka Huawei boleh terus membeli cip dan produk teknologi lain dari syarikat AS untuk hasilkan telefon bimbit tapi tidak boleh menjualnya di AS.

Keputusan AS menyimpan Huawei dalam Daftar Entiti hingga tamat rundingan perdagangan Sino-AS membawa kepada ketidakpastian yang besar.

AS telah melonggarkan sekatan terhadap Huawei sebagai strategi rundingan tanpa mengubah dasar China.

Memandangkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi kedua negara ini masih berhubung dengan globalisasi ekonomi, maka Huawei dan industri berteknologi tinggi China telah menjadi cip tawar dalam rundingan perdagangan Sino-AS.

Oleh itu, syarikat China perlu berusaha lebih gigih untuk mengintensifkan penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi agar dapat menangani pelbagai kemungkinan dan boleh mandiri.

Sumber: China Daily

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.