Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Gigit Balik Ular Selepas Digigit, Dua-Dua Mati

Seorang warga emas meninggal dunia kerana terkena gigitan seekor ular di daerah berdekatan Mahisagar di Gujarat. Paling mengejutkan, sebelum mangsa meninggal dunia, dia sempat membunuh reptilia dengan mengigit semula ular tersebut.

Kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan Ajanwa di Santrampur Tehsil, jarak 120 kilometer daripada Vadodara Gujarat.

Ketua Kampung tersebut mendakwa warga emas tersebut berada di ladang jagung, semasa ingin mengangkat hasil jagung ke dalam trak, secara tiba-tiba seekor ular keluar daripada tempat simpanan jagung dan datang kepadanya serta mematuk pada bahagian tangan serta muka.

Katanya lagi, kerana marah kepada haiwan berbisa itu, warga emas ini sempat menangkap ular tersebut dan bertindak untuk membunuhnya dengan cara menggigit ular itu supaya ia mati.

Namun, keadaannya kelihatan lemah dan terpaksa dibawa ke hospital di bandar Godhra untuk menerima rawatan lebih lanjut. Kemudiannya, warga emas tersebut disahkan meninggal dunia akibat keracunan bisa ular yang merebak dalam tubuhnya.

Sumber: News18

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)