Siakap Keli
Kredit: TvOne/Viva.co.id

“Bagai Bulan Jatuh Ke Riba”, Hanya Kerana Videonya Tular, Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji

Bagai bulan jatuh ke riba, seorang datuk bersama beberapa ahli keluarganya mendapat tuah apabila diundang sendiri oleh pemerintah Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini.

Sebelum ini, Uhi, 94 bersama keluarganya telah membuat satu video meminta kedua-dua pemimpin negara itu, Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota, Muhammad bin Salman untuk memenuhi impian mereka yang ingin menjalankan ibadah haji.

“Dalam video tersebut, mereka berkata bahawa si datuk telah berumur 130 tahun,” kata wakil jurucakap Kedutaan Besar Arab Saudi di Indonesia dalam laporan media tempatan.

Setelah video tersebut tular dan sampai ke pengetahuan raja dan putera mahkota tersebut, mereka telah membuat keputusan untuk mengundang Uhi dan beberapa orang ahli keluarganya untuk ke sana pada tahun ini.

Berikutan itu, puluhan dermawan Arab Saudi turut menawarkan diri untuk menunaikan hasrat warga emas berkenaan.

Keluarga berkenaan kemudiannya diundang untuk bertemu Duta Besar Arab Saudi di Indonesia, Esam Abid Althaqafi di Kuningan, Jakarta Selatan.

Sumber: Liputan6

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.