Siakap Keli
Gambar Hiasan

Harga Runcit Petrol RON97 Naik, RON95 Dan Diesel Kekal

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.57 seliter kepada RM2.67 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 seliter dan RM2.37 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 20 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019 adalah berjumlah RM179.97 juta.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)