Siakap Keli

IG Sorok Jumlah ”Like” Setiap ”Post”, 7 Buah Negara Terlibat Untuk Atasi Masalah Mental

Instagram baru-baru telah menjalankan satu ujian dengan menyembunyikan jumlah Like untuk setiap perkongsian di platformnya dari pandangan awam di 7 buah negara.

Menurut laporan Vox, ujian awal berkenaan dijalankan di Kanada, Ireland, Itali, Jepun, Brazil, Australia dan New Zealand.

Walaupun begitu, pemilik akaun Instagram yang memuat naik gambar masih boleh melihat jumlah Like secara peribadi.

Instagram dalam kenyataan yang dibuat memberi alasan bahawa eksperimen itu adalah sebahgian daripada usaha yang diambil untuk mengurang ‘tekanan’ dalam kalangan pengguna selaian memberi pengalaman baru dan tidak terlalu memikirkan soal Like dalam setiap perkongsian gambar.

Selain itu, pembaharuan ini juga merupakan salah satu pelan Instagram dalam menangani masalah mental dalam kalangan pengguna termasuklah buli media sosial.

Bagaimanapun, usaha tersebut turut menerima kecaman dari pengguna, terutama golonga-golongan Instafamous dan Influencer.

Rata-rata meninggalkan komen bahawa pembaharuan tersebut bukan satu perkara yang wajar dilakukan oleh pihak Instagram.

Sumber: Vox, TIME

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.