Siakap Keli

Ini Caranya Korang Nak Makan Durian Mahal Dengan Harga 20% Lebih Murah

Hello durian lovers! Mengikut ramalan, lagi beberapa hari sahaja musim raja buah ini akan berakhir. Jadi, ini lah masanya untuk korang terjah gerai-gerai berhampiran bagi menikmati keenakan rasa durian.

Tapi apa yang tak bestnya bila musim durian dah berada di penghujung, harga durian pun semakin mencanak naik. Bagi kami yang sememangnya peminat durian, tak risau pun sebab kami ada ‘cara’ terbaik menikmati durian dengan harga 20% lebih murah di lebih 100 buah gerai di seluruh negara. Wow! Memang jimat dan sangat berbaloi.

Nak tahu bagaimana? Tak percaya? Ikuti perkongsian kami seperti di bawah. Lepas ni boleh lah kita serbu gerai durian sama-sama nanti!

Kalau korang nak tahu, cara mendapatkan diskaun pembelian durian sebanyak 20% lebih murah di lebih 100 buah gerai seluruh negara, adalah korang hanya perlu melakukan pembayaran menggunakan aplikasi mudah Maybank QRPay daripada Maybank tanpa sebarang caj tambahan.

Apakah Maybank QRPay?

Bagi yang belum mengetahui apakah Maybank QRPay, ianya membantu pembeli membayar tanpa menggunakan transaksi tunai. Melalui QRPay, korang sebagai pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon dengan hanya mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual.

Ianya sama sekali tidak seperti dompet digital iatu e-wallet yang perlu ditambah nilai ke dalam akaun untuk menggunakannya. Dengan QRPay, amaun akan terus ditolak daripada akaun simpanan korang untuk dipindahkan kepada akaun si penjual. Macam korang lakukan ‘online transfer’ kepada penjual jika beli sesuatu barangan atas talian.

Tapi kali ini, tak payah susah masukkan nombor akaun penjual, hanya semudah imbas, bayar dan selesai! Fuhh, mudah sangat!

Gambar : amanz.my

Banyak peniaga-peniaga di gerai kecil seperti pasar malam dan kedai makan telah menggunakan pembayaran secara QRPay ini. Senang lah korang lepas ni. Tak lupa, syarikat gergasi seperti KFC, TGV Cinemas, KK Mart, 99 Speedmart sehinggalah Fashion Valet dan banyak lagi semuanya juga telah menggunakan Maybank QRPay tau!

Lebih 100 pilihan gerai durian dengan diskaun 20%

Gambar : Durian SS2 (tempatmenarik.my)

Bersesuaian dengan musim durian, Maybank kali ini berbesar hati menghargai semua pelanggannya dengan memberikan diskaun pembelian durian sebanyak 20% lebih murah di lebih 100 gerai terpilih seluruh negara seperti di SS2, TTDI, Subang, Penang, Johor, Melaka dan banyak lagi! Tekan link ini untul kenal pasti semua gerai durian yang terpilih.

Pelbagai pilihan durian yang ditawarkan seperti Musang King, Black Thorn, X.O, D24 dan beraneka jenis lagi yang boleh menyebabkan korang dan kami meleleh air liur!

Rugi sangatlah bagi kami kalau korang berbelanja tapi tak bijak menggunakan peluang yang diberikan oleh Maybank ini sebab sentiasa ada promosi yang diberikan kepada pengguna QRPay setiap bulan. Masa ini lah korang nak berjimat!

Bukan untuk pengguna Maybank je

Bagi pengguna Maybank sahaja ke? Tidak. Jika korang bukan merupakan pengguna Maybank, korang turut boleh menikmati promosi 20% diskaun pembelian durian dengan menggunakan MAE iaitu aplikasi e-wallet daripada Maybank.

MAE ni membolehkan korang melakukan transaksi penambahan wang dari lain-lain bank melalui FPX, kad debit, online banking dan ATM. Maknanya, kalau korang tak ada akaun Maybank, korang boleh pindahkan duit ke dalam akaun MAE bila-bila masa di mana-mana!

Bagaimana cara bayar guna Maybank QRPay dan dapat diskaun 20% untuk membeli durian?

Berikut merupakan cara-cara untuk korang buat pembayaran menggunakan Maybank QRPay dan dapat diskaun sebanyak 20% ketika membeli durian. Mudah sangat!

1) Muat turun aplikasi Maybank QRPay di Android atau iOS

2) Ikuti cara pendaftaran Maybank QRPay

3) Scan kod QR yang diberikan oleh peniaga

4) Masukkan amaun yang perlu dibayar beserta kod promo ‘DURIAN’ (Jangan lupa masukkan, jika tidak, 20% diskaun yang diberikan kepada korang tidak valid)

5) Bayaran akan ditolak terus daripada akaun dan selesai!

Promosi sah dari 18 Julai hingga 18 Ogos

Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi hanya berlangsung dari 18 Julai sehingga 18 Ogos 2019 sahaja. Korang kini berpeluang menikmati pelbagai jenis durian dengan diskaun sehingga RM60 tanpa had pembelian minimum bagi seorang pengguna dalam satu resit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut layari sahaja Maybank QRPay. Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan korang untuk terjah gerai durian yang terpilih sekarang juga. Dah dapat makan durian sedap dengan harga murah, belanja lah sikit gambar korang tu di IG dan Facebook dengan hashtag #MaybankQRPay sebagai tanda sokongan.

Apa tunggu lagi, Let’s durian with Maybank QRPay!



Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.