Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kenapa Air Laut Masin Sedangkan Sungai Yang Mengalir Melaluinya Tidak? Ini Jawapannya

Garam di lautan sebenarnya berasal dari batu yang terdapat di darat. Proses tersebut terjadi apabila hujan yang mengandungi karbon dioksida terlarut dengan udara di sekitarnya dan jatuh ke tanah. Ia akan menyebabkan air hujan jadi berasid disebabkan asid karbonik yang terbentuk daripada karbon dioksida dan air tadi.

Seterusnya, apabila hujan mengikis batuan, asid dari air hujan akan memecahkan batu. Proses ini justeru akan menghasilkan ion atau zarah atom. Ion-ion ini terbawa dalam aliran air ke sungai dan akhirnya ke lautan.

Maka, ion yang sudah larut digunakan oleh organisma (hidupan akuatik) dalam lautan. Manakala yang tertinggal dan terbiar dalam jangka masa yang lama, kepekatan mereka akan meningkat dari masa ke masa.

Dua daripada ion yang paling lazim dijumpai air laut ialah klorida dan sodium. Bersama-sama, mereka membentuk lebih dari 90 peratus daripada semua ion yang terlarut di lautan. Oleh kerana kedua-dua ion ini menyebabkan rasa yang masin, ia menyebabkan air laut turut menjadi masin.

Gambar Hiasan

Kenapa Air Laut Masin Tapi Sungai Yang Mengalir Melaluinya Tidak?

Tahap kemasinan air laut adalah hasil daripada pengaruh semulajadi dan beberapa proses. Namun air hujan yang melewati tanah dan bebatuan di sungai akan mengangkut mineral dan membawanya ke laut. Dan disebabkan inilah air sungai tidak masin. Dianggarkan bahawa di seluruh dunia, sungai ‘membawa’ sekitar empat bilion tan garam ke laut setiap tahun.

Sumber: Ocean ServiceĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)