Siakap Keli
Gambar : Bernama

Keracunan Racun Serangga : Enam Murid Dibenarkan Pulang, Seorang Masih Dipantau

Seremban : Enam daripada tujuh murid dari Sekolah Kebangsaan Linggi yang dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak di Hospital Port Dickson (HPD) akibat keracunan racun serangga jenis Organophosphaste dibenarkan pulang, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali.

Beliau berkata sehingga tengah hari ini, hanya seorang murid sahaja yang masih ditempatkan di hospital berkenaan bagi pemantauan sehingga pulih dan dijangka pulang petang ini.

“Sehingga tengah hari ini hanya seorang murid sahaja yang masih berada dalam wad di HPD, manakala murid lain sudah dibenarkan pulang.

“Murid yang masih di dalam wad tidak kritikal dan hanya dalam pemerhatian sahaja, jika didapati sihat akan dibenarkan pulang petang ini,” katanya kepada sumber di sini, hari ini.

Semalam, seramai 24 pelajar sekolah berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Linggi untuk pemeriksaan dan daripada jumlah itu, 12 pelajar dirujuk ke Hospital Port Dickson dan kesemua mangsa dilaporkan stabil.

Kes keracunan racun serangga dipercayai berpunca daripada kerja-kerja meracun di sebuah kebun cili berhampiran sekolah.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.