Siakap Keli

Ramai Tak Perasan, 5 Lagu ‘Legend’ Ini Popularkan Nama Tempat Di Malaysia Jadikan Tajuk Lagu

Sebagai seorang penulis karya terutamanya dalam pembikinan lirik lagu pastinya mereka mempunyai seni dan ilham yang luar biasa daripada insan yang lain. Namun, pernah atau tidak anda terpikir dari mana idea mereka ini tercetus? Mungkin anda tidak percaya di mana lirik dan dan irama lagu yang dihasilkan daripada bunyi sekeliling.

Namun, ada juga yang menghargai nama-nama tempat di Malaysia. Kita semua tahu, di negara kita mempunyai tempat-tempat menarik di setiap negeri tetapi tidak semua mmpu memberikan ilham untuk hasilkan lagu yang menarik dan terkenal.

Ini antara 5 lagu Melayu yang berlegar-legar difikiran anda mungkin anda sendiri tidak perasan dengan nama-nama yang dijadikan tajuk lagu berkenaan secra langsung atau tidak telah popularkan tempat berkenaan.

1. Wings – Taman Rashidah Utama

Salah satu lagu klasik dendangan kumpulan rock Wings iaitu lagu yang berjudul Taman Rashidah Utama telah menimbulkan banyak tanda tanya oleh segelintir pendengar lagu ini.

Persoalan tersebut dibongkar oleh pencipta lirik lagu ini iaitu Bob Luqman dimana ada sejarah mengenai taman ini. Ceritanya bermula, Bob berkenan dengan seorang wanita yang berasal daripada Taman Rashidah Utama namun cintanya ditolak. Untuk kali terakhir Bob ingin melihat gadis tersebut tetap gagal dan daripada kekecewaan itu, beliau mencipta lirik berilhamkan nama tempat itu dan kejadian pinangannya di tolak.

Mungkin bagi orang Senawang mesti sudah familiar dengan nama taman ini, ia terletak di daerah Senawang, berdekatan dengan pasaraya GIant Senawang menghala ke Seremban.

2. Olan – “Cinta Bandar Tasik Selatan”

Untuk pengetahuan anda, Bandar Tasik Selatan yang dibuka pada tahun 1991 dan terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini hanya merupakan sebuah pekan sunyi yang dipenuhi dengan kawasan perumahan.

Lagu ini diciptaoleh Farida dan Nurcahaya pada tahun di mana pembinaan bandar ini ditubuhkan. Lagu ini dilihat terus berkekalan walaupun bandar ini telah berubah ke arah kemodenan walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi ilham kepada penyanyi ini.

3. Iklim – Blues Terengganu Kita

Perkara pertama kita dengar jika pergi melancong ke negeri Terengganu adalah lagu ini. Boleh dikatakan ia digunakan untuk menjadi lagu rasmi kepada para pelancong secara tidak langsung dapat memperkenalkan nama-nama di daerah sekitar Terengganu.

Ramai yang mungkin perasan penggunaan dialek atau loghat negeri Terengganu dikekalkan dalam lagu ini untuk membawa identiti negeri yang kuat dan tidak mahu hilang bunyi aslinya serta tidak menjengkelkan para pendengar.

Secara tidak langsung, lagu ini digunakan untuk mempromosikan negeri Terengganu sebagai tarikan pelancong dengan nama tempat seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Marang, Kuala Berang, Kemaman dan Rantau Abang serta memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan dari Terengganu.

4. Tropika/ Jinbara – Cinta Pantai Merdeka

Kalau anda seorang yang ‘gilakan’ karaoke pasti lagu ini menjadi salah satu senarai wajib untuk anda dendangkan. Lagu ini ditulis oleh Shafie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Long ditulis pada tahun 1993 semasa beliau masih menyimpan cita-cita menjadi penyanyi.

Lagi satu, untuk siapa yang pernah putus cinta pasti akan menyanyi lagu ini sambil bersiar-siar di perairan pantai Merdeka ini di Kuala Muda, Kedah.

Secara umumnya, lagu ini antara lagu popular semasa era kegemilangan rock di negara kita. Dinyanyikan oleh kumpulan slow rock Tropika sekaligus menjadi lagu kegemaran setiap anak jati Kedah yang putus cinta.

5. Aizat Amdan – Sungai Lui

HULU LANGAT 09 AUGUST 2017. Keadaan sekitar Impian Rimba Resort di Kuala Pangsun, Hulu Langat. NSTP/AIZUDDIN SAAD (Harian Metro Supplement)

Siapa saja yang tidak kenal dengan Aizat Amdan, seorang penyanyi yang berbakat besar dan juga merupakan penulis lirik untuk lagu yang bertajuk Sungai Lui. Untuk pengetahuan anda, Sungai Lui terletak di mukin Hulu Langat dan terdapat sebuah perkampungan yang bernama Sungai Lui.

Perkampungan ini tersangatlah indah untuk para penduduk asal kawasan tersebut. Difahamkan, penduduk yang kediami di kampung tersebut merupakn penduduk asal Kampung Kerinchi yang diarah pindah.

Lagu ini dilhamkan dengan memberitahu para pendengar mengenai keindahan dan kecantikan kampung tersebut sebelum alam semula jadi terjejas dengan sektor pemodenan sekarang.

Sumber: Iluminasi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)