Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tak Setuju Pelajar Praktikal Tak Dibayar, Syed Saddiq Bakal Usul Isu ‘Pay Internship’ Dalam Kabinet Khas

Beberapa hari yang lalu, Malaysia telah melakar sejarah baharu dengan meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berikutan penurunan had umur mengundi dan had umur calon pilihan raya seawal 18 tahun.

Keputusan yang mendapat lebih dua pertiga persetujuan dan sokongan ahli Dewan Rakyat ini merupakan usaha yang diperjuangkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq dalam mengetengahkan hak golongan belia dalam pembangunan negara.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, YB Syed Saddiq cuba mengusulkan cadangan baru yang bakal memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal menghadapi dunia pekerjaan.

Menurut menteri berkenaan, dia akan cuba untuk mengusulkan isu berkaitan pembayaran elaun kepada pelajar praktikal di dalam satu kabinet khas yang bakal membincang mengenai isu-isu belia dan anak muda.

YB Perdana Menteri dan rakan-rakan kabinet telah bersetuju untuk mengadakan satu sesi kabinet khas untuk membincangkan isu-isu anak muda sahaja. Di situ saya akan mengusulkan isu berkenaan ‘pay intership’ ataupun intership yang berbayar.

Perkara ini berikutan berlaku ketidakadilan kepada pelajar-pelajar khususnya golongan B40 dan M40 yang tidak mendapat sebarang bayaran seperti elaun ketika menjalankan latihan praktikal.

Khususnya golongan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila mereka buat latihan praktikal ataupun internship tetapi gajinya atau elaun adalah kosong. Itu tidak adil.

Walau bagaimanapun, isu yang bakal diusulkan itu diharapkan mendapat sokongan dan persetujuan pelbagai pihak bagi membela pelajar-pelajar terutamanya golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Sumber: Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.