Siakap Keli

Hentitugas Tiga Loji Rawatan Air Utama Sungai Selangor, 1.1 juta Pengguna Lembah Klang Terjejas

Terbaru, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun rasminya di Facebook Air Selangor bahawa tiga Loji Rawatan Air Sungai Selangor iaitu fasa 1,2 dan 3 telah hentitugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Susulan itu, sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 juta akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Pada masa yang sama, pihak Syabas berkata setakat ini mereka masih tidak dapat mengesan punca pencemaran dan jangka masa pemulihan semula bekalan air pengguna.

”Memandangkan kami dan pihak berkuasa negeri masih tidak dapat mengesan punca pencemaran, insiden ini mungkin boleh berulang. Oleh yang demikian, kami tidak dapat memberikan jangka masa pemulihan bekalan air buat masa ini,” katanya.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor bagi sebarang pertanyaan dan mendapatkan info semasa.

Sumber : Air Selangor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra