Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Tingkat Atas 12 Lot Rumah Kedai Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

Ipoh : Tingkat atas 12 lot rumah kedai dua tingkat di Jalan Jubilee, Taman Jubilee di sini musnah dalam satu kebakaran malam ini.

Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.04 malam.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 8.11 malam dan mendapati berlaku kebakaran di tingkat atas lot kedai berkenaan bagaimanapun bahagian bawah tidak terjejas.

“Difahamkan bahagian atas lot-lot kedai itu kosong dan tidak digunakan. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian juga mendapati tidak ada sesiapa yang mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada sumber ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut Mohd Khairul berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya lapan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Meru Raya dan Pasir Putih serta dari Pasukan Bomba Sukarela Bercham, Pekan Baharu dan Pasir Pinji.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.