Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Video Dakwaan Gadis Pijak Kitab Suci Al-Quran, Polis Tahan 4 Remaja

Tular di media sosial mengenai video seorang remaja perempuan bertindak memijak Al-Quran berwana hijau dan dirakam oleh sekumpuan remaja lagi dipercayai rakan kepada salah seorang yang memijak Al-Quran itu. Rakaman video dilihat telah tular di Twitter dan dikongsikan oleh warganet yang amat kesal dengan tindakan mereka tersebut.

Semua orang tahu, naskah Al-Quran adalah satu kitab suci yang sangat dimuliakan di seluruh dunia yang beragama Islam. Kitab suci ini menjadi panduan hidup masyarakat Islam dimuka bumi ini. Tindakan yang memalukan itu sangat tidak menghormati Al-Quran. Ia merupakan perbuatan yang terkutuk yang perlu dielakkan khususnya untuk umat Islam.

Bagaimanapun, polis Kelantan telah menahan empat remaja perempuan berhubung satu kejadian memijak al-Quran di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah, semalam.
Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)