Siakap Keli

(Video) ”Hati-Hati Bang..” Rider ‘Kawasaki’ Hijau Kena Tegur Buat ‘Hal’ Atas Jalan Raya

Tular di media sosial twitter sebuah video seorang lelaki menunggang motosikal jenis Kawasaki berwarna hijau di jalan raya. Digelar ‘bapa ninja’ oleh netizen, video yang dipercayai dirakam di Indonesia itu telah mendapat hampir 200 ribu tontonan dalam tempoh hanya beberapa jam setelah dimuat naik.

Pada mulanya, tiada apa yang kelihatan aneh selain keseragaman warna hijau pada motor dan helmet yang dipakai oleh lelaki berkenaan. Namun setelah video dimainkan, ternyata ramai yang ‘pecah perut’ kerana tak mampu menahan rasa lucu. ‘Motor’ yang ditunggang oleh lelaki berkenaan rupanya bukanlah motor sebenar.

Rupanya ia hanyalah sebuah basikal yang telah diubah suai menjadi sebuah motosikal. Pada mata kasar, basikal tersebut kelihatan seperti motor yang sebenar sehinggakan ramai yang terpedaya. Inovasi yang sangat kreatif dan harus diberikan pujian. Jom tonton video di bawah.

Tak Ninja tak stail lah

Sementara itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen mencuit hati dengan mengakui terhibur dengan video berkenaan. Malah, ada di antaranya yang turut berjumpa ‘bapa ninja’  tersebut di jalan raya.

Bapa ninja

Sering jumpa pak cik ini di warung

Motor eco-friendly

Letih nak kayuh

Sumber : maswanz

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra