Siakap Keli
Foto: CityRealty/Architectural Digest

Arkitek Bertanggunjawab Reka Menara Berkembar Petronas Meninggal Dunia

Arkitek yang bertanggungjawab dalam mereka Menara Berkembar Petronas berasal dari Argentina, César Pelli disahkan telah meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Berita mengenai kematian beliau telah dilaporkan oleh para media serta pihak berkuasa Argentina. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Julai 2019.

Pelli berasal dan membesar di wilayah Tucumán, Argentina. Malah, beliau juga merupakan graduan jurusan seni bina dari universiti tempatan iaitu Universiti Tucumán.

Cesar Pelli(Foto: CityRealty)

Gabenor wilayah Tucumán, Juan Manzur turut menyampaikan ucapan takziah dan kesedihan beliau sejurus selepas mendengar berita pemergian arkitek tersohor itu.

“Dengan rasa dukacitanya, kami menerima berita kematian César Pelli. Saya ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat serta pasukannya,” tulis Manzur di laman Twitter-nya.

“Tak dapat disangkal lagi, beliau adalah seorang pereka dan legasinya akan kekal tersemat dalam setiap hasil kerjanya,” tambah Manzur lagi.

Selain terlibat dalam mereka Menara Berkembar Petronas, antara hasil kerja terkenal beliau yang lain ialah termasuk Pusat Kewangan Dunia New York, Menara Canary Wharf London serta kerja-kerja pengubahsuaian Muzium Seni Moden New York.

Sumber: Channel News Asia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.