Siakap Keli
Kredit: Atifahhhhhh

”Wow, ”Real” Sangat Tu”, Budak Sekolah Buat Bisnes Lukis Kesan Luka Raih Perhatian Netizen, Dipuji Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kanak-kanak mempunyai bakat mereka yang tersendiri. Ada yang pintar sains, ada yang pandai matematik dan ada yang berpotensi menjadi Picasso bidang seni.

Sebagai orang dewasa, kita sepatutnya mengenalpasti dan menghargai setiap potensi anak-anak dan membantu mengembangkan bakat mereka.

Masyarakat kita sering memandang tinggi kerja-kerja profesional seperti doktor, jurutera, juruterbang dan sebagainya serta memandang golongan yang bukan bekerja di dalam bidang itu seolah-olah ‘kurang berjaya’.

Kita masih memandang bakat kreativiti anak-anak sebagai suatu perkara sampingan yang tidak perlu dikembangkan.

Seorang jurumekap artis di Thailand, Nanthanan yang sebelum ini suka bersolek sejak berusia 5 tahun telah berjaya menjadi jurumekap profesional dan mampu membeli kereta BMW ketika hari jadinya yang ke-12 tahun ini. Inilah contoh keberhasilan apabila bakat mereka dikenalpasti dan diberi peluang untuk berkembang.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Atifahhhhhh telah mengirim gambar hasil servis mekap anak saudaranya dan mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan 16 ribu ulang kicau. Ramai yang teruja dengan hasil mekap pelajar tersebut yang masih di sekolah rendah.

Servis tiga serangkai

Kata Atifah, mereka mempunyai kumpulan tersendiri untuk menjalankan perniagaan tersebut. Comel je.

Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen sokongan dan gurauan untuk adik-adik ini.

MC sebulan punya luka please

Bakat boleh diasah

“Peluang dia cerah. Bidang perfileman perlukan orang hebat dalam bidang mekap kesan khas.”

Bukan itu sahaja, seorang doktor kecemasan turut memperakui kreativiti pelajar tersebut yang mampu menghasilkan ‘luka’ yang nampak macam betul.

Sumber: Atifahhhhhh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.