Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto:Google/SYABAS)

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Dan Rantau Panjang Kembali Beroperasi, Tiada Jangkaan Waktu Bekalan Pulih

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(SYABAS) pada pagi ini telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai status terkini gangguan bekalan air yang dialami oleh beberapa kawasan di negeri tersebut bermula semalam.

Menurut mereka, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang sudah kembali beroperasi sepenuhnya.

Akan tetapi, mereka tidak dapat memberikan jangkamasa pemulihan mengikut kawasan ketika ini.

Ia kerana SYABAS masih lagi dalam proses meningkatkan dan menstabilkan paras kolam serta tekanan di sistem agihan. Setakat jam 6 pagi tadi, peratusan pemulihan keseluruhan kawasan hanya berada pada tahap 19%.

Dalam pada itu, pihak-pihak terlibat akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau yang dipercayai berpunca dari kawasan Sungai Liam, Batang Kali, Hulu Selangor.

Selain itu, SYABAS juga membuka 16 Pusat Khidmat Setempat(PKS) serta 17 lokasi Pili Awam bermula 9 pagi ini bagi membekalkan air kepada pengguna terjejas.

Bagaimanapun, memandang gangguan ini melibatkan kawasan berskala besar, SYABAS memberitahu mereka tidak akan dapat memenuhi permintaan bekalan air melalui lori tangki kepada semua pelanggan yang terjejas.

Sumber: Twitter Air Selangor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.