Siakap Keli
Kredit: Jurais Abdullah

“Mak Tak Bagi Masuk Dalam” Tular Video Remaja Tak Terurus Didakwa Didera, Ada Kesan Luka Ditemui

Semalam, tular video seorang remaja kelainan upaya masalah pembelajaran berusia 14 tahun duduk bersendirian di luar rumah didakwa ditinggalkan ibubapanya yang ke rumah nenek untuk memakan pulut durian.

Menurut jiran yang menemui remaja tersebut, Jurais Abdullah, remaja berkenaan dijaga oleh ibu dan bapa tirinya.

Kredit: Jurais Abdullah

Menurut Jurais, remaja tersebut sering didera oleh penjaganya. Mangsa dipukul dengan buluh, disimbah air panas dan dikepit playar. Namun, jawapan anak syurga ini apabila ditanya adakah dia menyayangi ibunya amat meruntun hati.

Jurais Abdullah

“Saya sayang kat mak. Tapi mak yang tak sayang.”

“Buat apa sayang kat mak?” tanya lelaki di dalam video.

“Sebab tu ibu kita. Kita kena sayang dia la,” katanya dengan nada sedih.

Kalau adik buat salah, saya kena duduk luar

“Mak rajin buat (pukul) kami (merujuk dirinya dalam loghat utara). Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duduk di luar. Hari-hari kena duduk luar. Kadang malam-malam pun kena tidur kat luar.”

Jurais turut menyertakan gambar kesan luka pada leher remaja tersebut yang didakwa akibat didera oleh penjaganya.

Kredit: Jurais Abdullah

Prihatin dengan isu ini, ramai netizen yang menggesa Jurais untuk melaporkan kes ini kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam tempoh 24 jam laporan dibuat, kata Jurais, JKM telahpun mengambil tindakan ke atas kes ini dan memanggil ibu remaja ini untuk memberi kenyataan.

Semoga remaja tersebut mendapat pembelaan dan penjagaan sebaiknya selepas ini.

Kredit: Jurais Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.