Jabatan Meteorologi Malaysia(Met Malaysia) telah mengeluarkan satu amaran ribut petir di beberapa buah kawasan di lima buah negeri melalui satu kiriman di Twitter mereka sebentar tadi.
Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Rompin(Pahang), Gombak, Petaling dan Hulu Langat(Selangor), Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru(Johor), Sri Aman, Pusa, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu dan Limbang(Sarawak) serta Papar, Penampang, K.Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sandakan dan Kinabatangan(Sabah).
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ribut petir dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Oleh itu, penduduk atau individu yang berada di kawasan terlibat dinasihati untuk sentiasa berjaga-jaga dan rancang aktiviti anda dengan bijak sekiranya ribut petir benar-benar berlaku.
#ributpetirmmd pic.twitter.com/LCdL42eF8X
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) July 21, 2019
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia