Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Mirror/Daily Mail)

(Video)Pereka Fesyen Cipta ‘Kerusi Roda’ Untuk Bantu Ikan Cacat Nikmati Kehidupan Air Kembali

Seorang pereka fesyen berasal dari Korea Selatan, Henry Kim, 32 tahun telah mencipta satu alat sokongan bagi membantu seekor ikan emas peliharaannya yang cacat untuk terus terapung dan berenang.

Alat sokongan itu boleh dianggap sebagai ‘kerusi roda’ buat ikan berkenaan selepas ia membolehkannya berenang seperti ikan lain walaupun ia mempunyai masalah pada sirip renangnya.

Masalah itu menyebabkan tubuh badannya sentiasa dalam keadaan terbalik di dalam air atau tenggelam di dasar akuarium tanpa alat sokongan berkenaan.

Henry yang juga penggemar ikan emas ini mempunyai lebih 20 ekor ikan dari spesis itu yang dipelihara dalam tiga bekas berbeza.

Berbalik kepada alat sokongan yang diciptakan olehnya itu, beliau memberitahu yang dirinya mempelajari kaedah untuk membuat alat tersebut melalui Google sahaja.

“Ikan dengan masalah ini biasanya hanya hidup sekitar dua bulan sahaja, namun terima kasih atas alat itu, ikan milik saya kini sudah berusia hampir lima bulan,” jelasnya.

Foto: @taylorndean/Daily Mail

Pada tahun 2017, seorang pengguna Twitter @taylorndean pernah hadir dengan idea yang hampir sama juga untuk membantu seekor ikan emas yang mempunyai masalah seakan sama.

Sumber: SCMP

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.