Siakap Keli
FA Penang

Tak Sampai 24 Jam Naik Liga Super, Pulau Pinang Berputih Mata Terpaksa Turun Liga Perdana Kembali

Semalam, kesemua 11 pasukan dalam saingan Liga Perdana menamatkan perlawanan akhir masing-masing dengan Pulau Pinang antara pasukan yang mencatatkan keputusan positif menwaskan PDRM, 2-1 di laman lawan.

Kemengangan tersebut bukan sahaja mengakhiri saingan pasukan negeri Utara itu di tempat ketiga carta liga, malah ia merupakan tiket untuk pasukan tersebut beraksi di Liga Super Malaysia, tahun depan.

Malangnya, tidak sampai 24 jam selapat meraikan kejayaan berkenaan, seluruh pemain termasuklah staf kejurulatihan yang bertungkus-lumus sepanjang musim dan peminat yang memberi sokongan tidak jemu-jemu terpaksa menerima hakikat tiket berkenaan bakal lebur begitu sahaja.

Semuanya gara-gara pemotongan sebanyak 6 mata yang terpaksa dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Pulau Pinang selepas didapati bersalah melanggar undang-undang ditetapkan oleh FIFA.

Pulau Pinang sebelum ini diarahkan untuk menjelaskan semua tunggakan gaji bekas penyerang import daripada Brazil, Reinaldo Lobo yang mewakili skuad berkenaan bagi tempoh 2015 hingga 2017.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh FAM, Pulau Pinang ada membuat pembayaran kepada pihak Lobo namun berlaku sedikit kekeliruan sehingga FIFA meneruskan hukuman dan meminta FAM memberikan bukti bahawa hukuman tersebut dijalankan. Keyataan penuh boleh dibaca disini.

Akibat pemotongan mata berkenaan, Pulau Pinang jatuh ke kedudukan ketujuh liga dengan 24 mata. Manakala slot ke saingan Liga Super diberikan kepada PDRM yang berada di kedudukan keempat Liga Perdana sebelum ini selepas berkongsi 30 mata bersama-sama Pulau Pinang semalam.

Sumber: FAM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.