Siakap Keli
Foto: Orang Perak

Tersergam Tengah-Tengah Ladang, Ini Kilang Peluru Era Jepun Di Perak Yang Kian Dilupakan

Tanah air kesayangan kita, Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu ini pernah beberapa kali dijajah oleh beberapa pihak yang berbeza.

Bagaimanapun, menurut kisah orang dulu-dulu, zaman penjajahan tentera Jepun adalah antara zaman paling ‘gelap’ dalam sejarah kehidupan mereka yang merasainya ketika itu.

Akan tetapi, kehadiran mereka ke sini juga telah meninggalkan beberapa bukti sejarah yang bernilai dan boleh dijadikan aset berharga negara seperti bangunan, rumah, terowong dan sebagainya.

Bagi rakyat negeri Perak, antara struktur bersejarah yang ditinggalkan oleh tentera Jepun di sana ialah sebuah kilang peluru milik mereka yang terletak di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar.

Foto: Orang Perak

Memetik kiriman dari sumber, kelumbung asap kilang peluru itu masih lagi kukuh berdiri namun ia agak tersorok jauh di dalam kampung berkenaan.

Foto: Orang Perak

Bagaimanapun, ia tidak menghalang tapak sejarah ini daripada menerima kehadiran pengunjung yang rata-rata ingin melihat sendiri kawasan yang pernah digunakan untuk menghasilkan peluru dan kabait bagi tentera Jepun satu masa dahulu ini.

Foto: Orang Perak

Malah, tapak ini juga sering menerima lawatan dari tentera Jepun sendiri yang datang dengan aman ke sana untuk menziarah dan memberi penghormatan kepada tentera mereka yang terkorban semasa perang di Tanah Melayu.

Diharapkan, tapak-tapak bersejarah terpencil sebegini dapat dipromosikan dengan lebih hebat lagi agar setanding dengan monumen sejarah lain sekitar negara seperti Kota A’ Famosa, Muzium Perang Pulau Pinang dan lain-lain.

Ia adalah penting bagi memastikan sejarah dan pengorbanan datuk moyang kita dahulu sentiasa akan diingati oleh masyarakat terutamanya generasi muda.

Sumber: Orang Perak

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.