Siakap Keli
Kredit: Ibrahim Salat

Tips Mudah Nak Tahu Panjang Tangkai, Penghubung Bingkai Dan Lebar Kanta Sebelum Beli Cermin Mata

Bagaimana cara anda membeli cermin mata? Lazimnya, ramai yang mencuba satu persatu cermin mata yang disukai untuk menguji samada saiznya sesuai dengan wajah ataupun tidak.

Tahukah anda, sebenarnya ada satu cara mudah untuk anda membeli cermin mata sesuai tanpa perlu mencuba satu persatu kaca mata yang ada di kedai optometri?

Cara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Quora, Ibrahim Salat.

1. Cari kod pada cermin mata. Biasanya terletak pada tangkai di tepi.

Kredit: Ibrahim Salat

Pada kaca mata ini, nombor kodnya ialah : 9Y12 50*16-138

2. Baca dari kanan ke kiri

Nombor pertama ialah 138. Nombor ini mewakili panjang tangkai cermin mata iaitu berukuran 138 mm bersamaan 13.8 cm.

Kredit: Ibrahim Salat

Nombor kedua, 16, mewakili 16 mm atau 1.6 cm bagi penghubung bingkai cermin mata anda.

Kredit: Ibrahim Salat

Nombor terakhir ialah 50 mewakili lebar kanta kaca mata iaitu 50 mm atau 5 cm.

Kredit: Ibrahim Salat

Mudah kan? Jadi selepas ini anda tak perlu lagi bersusah payah mencuba setiap satu kaca mata di kedai. Ingat sahaja kod saiz yang sesuai dan pilih rekabentuk yang anda inginkan.

Sumber: Quora/Ibrahim Salat

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.