Siakap Keli
Kredit: Trend Wasap

(Video) Tiga Maut Terperangkap Kebakaran Di Pahang Pagi Tadi

KUANTAN, 21 Julai (Bernama) — Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dipercayai akibat   terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Isap di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan tujuh tahun.

Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100 peratus dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

— BERNAMA

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.