Siakap Keli
Gambar : FB Izza Rosley

”Adik Aku Jumpa Tepi Rumah Dia..” Tergamaknya, Bayi Menangis Dipercayai Dibuang Atas Rumput

Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Ibaratnya anak yang dilahirkan itu seperti tidak ada nilai hingga ada yang sanggup meletakkannya di tong sampah dan di jalanan.

Terbaru, satu kes pembuangan bayi berlaku awal pagi tadi di Jalan Dusun Muda, Kota Bahru, Kelantan. Bayi tersebut yang dipercayai baru dilahirkan tergamak ditinggalkan tanpa pakaian di atas rumput berdekatan sebuah rumah.

Mujurlah, penghuni rumah berkenaan menyedari perkara tersebut semasa sedang melepaskan kucing peliharaannya di luar rumah. Dia yang mendengar bunyi tangisan bayi lantas menemui bayi tersebut sebelum menghubungi pihak polis.

Pagi lagi dah ada yang buang baby…. Allahuakbarrr….

Berlaku di Dusun Muda Kota Bharu… Adik aku yang jumpa tepi kawasan rumah dia….

FB Izza Rosley

Dijumpai dengan kesan darah

FB Izza Rosley
FB Izza Rosley

Semasa pantau kucing kesayangan dia turun dari rumah pagi tadi terdengar suara baby menangis… Baby sekarang kat wad HRPZ II….

FB Izza Rosley
FB Izza Rosley
Sumber : Izza Rosley

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.