Siakap Keli
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pulau-pulau berhampiran Surat Thani.

Anda Backpacker Lasak, Atau Merancang Percutian Santai Bersama Keluarga? Lokasi Ini Sesuai Untuk Kedua-duanya

Bercakap tentang bercuti di Thailand, pasti ramai yang terbayangkan Phuket, Hat Yai, Krabi dan Bangkok. Tak ramai yang tahu tentang keindahan satu tempat di selatan negara tersebut yang digelar ‘Gerbang Keindahan Thailand’.

Digelar Wilayah Seribu Pulau, Surat Thani mempunyai gugusan pulau yang besar dan kecil yang indah antaranya Koh Samui, Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Nangyuan. Untuk ke sini, pelancong perlu melalui wilayah Surat Thani terlebih dahulu, sebab itulah ia digelar ‘Gerbang Keindahan Thailand’.

Pulau-pulau di sana mempunyai kepelbagaian bentuk geografi dan sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti bagi korang yang nak travel dengan BFF atau merancang percutian dengan keluarga sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti.

Koh Tao. (Kredit: Khunyo3001)

Kalau korang ingin bercuti bersama keluarga, korang boleh ke pulau Koh Samui untuk ke pantai yang sangat cantik antaranya pantai Bhoput, Lipa Noi dan Lamai Beach. Setiap pantai ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Di Bhoput, korang boleh nikmati pelbagai makanan Siam yang sedap terutamanya makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan lobster yang masih segar di Kampung Nelayan Bhoput. Korang juga boleh dapatkan kraf tangan dan cenderamata pada harga yang berpatutan di sini.

Nikmati makanan laut segar di Kampung Nelayan Bhoput. (Kredit: Instagram Arno A.M. Branger)

Tak sah lawatan ke Thailand jika tidak menikmati pelbagai jenis makanan yang menggiurkan. Manjakan diri anda ketika percutian di tepi pantai dengan menikmati ais krim di dalam tempurung kelapa dan pulut mangga di kampung nelayan ini.

(Kredit: Instagram @_Veronicasouth)
Kredit: Instagram @Cravefood_Instyle

Selain itu, korang juga boleh saksikan pertunjukan api di Kampung Nelayan Bhoput.

Kredit: Instagram @Vishwasakshini
Kredit: Instagram @Vishwasakshini

Bukan itu saja, Pantai Lipa Noi pula sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Pantai ini cetek sehingga jarak 100 meter dan tiada batu karang yang tajam di persisiran pantai, menjadikannya lokasi selamat untuk kanak-kanak bermain air di tepi pantai. 

Selain itu, korang juga boleh bawa anak-anak ke Paradise Park Farm berhampiran pantai ini untuk tengok pelbagai haiwan seperti burung kakak tua, rusa dan emu sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Namuang untuk menikmati air sejuk yang menyegarkan.

Selain Lipa Noi, pantai Lamai juga sesuai untuk keluarga. Lautan di sini yang lebih cetek dan kurang berombak sesuai bagi kanak-kanak di samping pelbagai makanan dijual di sini.

Para penjual akan menjaja pelbagai makanan seperti salad betik, minuman sejuk, ais krim, jagung manis, buah-buahan dan ayam untuk dinikmati bersama keluarga.

Mereka juga menyediakan khidmat urutan yang murah di samping alat permainan di tepi pantai. Harga urutan di sini ⅓ lebih murah berbanding urutan Thai di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang!

Selepas bermain di pantai, bagi can lah untuk geng ibu-ibu jamu mata di pusat beli belah terbuka, Central Festival Samui. Di sana, korang boleh dapatkan barangan fabrik, kraf tangan, rempah ratus serta herba di Chaweng Walking Street dan pekan Nathon.

Terokai keindahan alam dengan BFF

Bagi korang yang ingin backpacking bersama kawan-kawan pula, korang boleh pergi ke Koh Tao, Koh Phangan dan Koh Nangyuan. Di sana, korang boleh lakukan pelbagai aktiviti santai atau lasak beramai-ramai seperti skuba, snorkelling, sky fox, mendaki bukit ataupun sekadar menikmati bayu laut di tepi pantai.

Kredit: Instagram @Anasta_Lov
Kredit: Instagram @Katherineleeky

Thailand merupakan salah satu destinasi terbaik dan termurah untuk korang yang ingin mendapatkan lesen Professional Association Diving Instructors (PADI) di Asia Tenggara. Antara pulau-pulau di sekitar Koh Samui, korang boleh pilih lokasi tersendiri untuk sertai kursus PADI yang menjanjikan pengalaman berbeza mengikut keadaan geografi pulau tersebut.

Antara pulau terkenal dengan aktiviti skuba ini ialah Koh Tao dan Koh Phangan. Kedua-dua pulau ini terkenal dengan keindahan dasar laut dan hidupan marin yang unik seperti ikan yu paus, angelfish, penyu serta terumbu karang berwarna-warni yang dijaga dengan rapi.

Jika bernasib baik, korang boleh menjumpai ikan yu paus ketika melakukan selaman di sana.

Ikan yu paus di Koh Tao. (Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91)
Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91
Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91

Tidak terhad kepada skuba, korang juga boleh lakukan aktiviti snorkelling di pulau-pulau tersebut. Selain bot pelancong, korang boleh berkayak untuk ke Koh Tao kerana kawasannya terbuka kepada semua jenis bot. Dengan menggunakan kayak, lebih mudahlah perancangan korang semua jika ingin bergerak dari satu tempat snorkelling ke tempat yang lain.

Selain kedua-dua pulau ini, pulau Koh Nangyuan juga mempunyai keunikan tersendiri. Pulau ini merupakan gabungan tiga pulau kecil yang bersambung antara satu sama lain dengan beting pasir. Untuk ke sini, korang mempunyai pilihan samada ingin menaiki bot pelancong atau berkayak dari Koh Samui kerana lokasinya yang berdekatan.

Selain aktiviti air, percutian korang akan lebih menyeronokkan dan mencabar dengan mendaki bukit bersama-sama untuk ke  Air Terjun Namuang, Air Terjun Hin Lad dan Maenam Viewpoint. Pasti korang tak menyesal sebab lokasi-lokasi ini sangat cantik dan sesuai untuk korang yang inginkan lebih privasi.

Air Terjun Hin Lad. (Kredit: Instagram @Soulnuschka)
Kredit: Instagram @Soulnuschka
Air Terjun Namuang. (Kredit: Instagram @Aqimmy)

Bukan itu sahaja, korang juga wajib cuba sky fox di hutan hujan Thailand yang eksotik. Mempunyai kepanjangan sehingga kira-kira 2 kilometer merangkumi 21 platform, aktiviti ini pasti memicu hormon adrenaline korang dengan kelajuan mencecah 55 batu sejam bersamaan 88.5 km/j.

Best kan? sekarang ni, tak perlu susah payah beratur kat sempadan berjam-jam cop passport untuk masuk di sempadan Thailand nak ke Surat Thani, tak perlu pandu kereta berbelas jam nak ke sana, tak pelu habis duit banyak minyak dan tol sampai 500 hingga 600 sebab AirAsia ada tawarkan penerbangan ke sana.

Gambar atas adalah hasil ‘pancingan’ penulis sendiri, RM175 jer pergi balik, jimat masa 4 hingga 5 kali ganda, sebab naik flight hanya RM175, korang pandai-pandailah ‘pancing’ sendiri kat website www.airasia.com.

Tak susah pun nak ke sanakan, korang dapat melalui ‘gerbang keindahan Thailand’ ini, Jadi tempah penerbangan anda di www.airasia.com sekarang.

Lagi satu, tahu tak korang yang AirAsia ada menawarkan tambang murah berserta dengan diskaun sehingga 30% untuk 11 lokasi penerbangan ke Thailand dalam hanya 3 hari,  bermula 22 hingga 24 Julai untuk tarikh penerbangan  1 September 2019 hingga 27 Mac 2020 dengan kod promo TOMYAM30, tak percaya cuba lihat di bawah.

Murahkan, nak ke Surat Thani hanya RM139 pergi dan balik.

Selain itu, Pada 24 hingga 28 Ogos 2019 ini, terdapat promosi pembelian tiket ko Thailand serendah RM70 untuk tarikh penerbangan sekarang hingga 29 Februari 2020 ke 11 lokasi yang sama. Jadi memang berbaloi kalau beli sekarang di www.airasia.com.

Oh ya, korang kalau ke sana jangan pula cuba tunggang gajah atau tengok sarkas kat sana ya. Kesian binatang-binatang tu kena dera untuk belajar buat semua persembahan yang bukan sifat semulajadi mereka. 

Apapun, selamat bercuti.



 

Amira

Love yourself.