Siakap Keli

“Jantung Dan Paru-Paru Mama Dah Rosak..” Kisah Masakan Rendang Daging Dan Telur Masin Ini Menyentuh Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kisah hidup yang sudah direncanakan Tuhan pasti terselit suka dan duka. Sebagai manusia, kita harus menerima setiap ketentuan takdir walaupun kadangkala susun atur jalan hidup tidak seindah yang diimpikan.

Seperti perkongsian menyentuh hati ramai oleh seorang ibu yang diduga dengan penyakit jantung dan paru-paru yang kronik. Malah, kedua-dua organ tersebut juga telah rosak sama sekali.

Namun, dalam menderita kesakitan, dia tetap gigih memasakkan hidangan rendang daging dan telur masin, istimewa buat si anak yang turut menderita penyakit kanser tulang tahap tiga. Melihat pun sudah terasa sayu, apatah lagi mereka yang menangungnya ujian hebat ini.

Moga secebis kisah masyarakat ini membuka mata untuk kita mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan dan menghargai mereka yang berada di sekeliling selagi hayat dikandung badan.

Menu air tangan mama pesakit jantung dan paru-paru kronik

Menu air tangan mama, pesakit jantung dan paru-paru kronik. Jantung dan paru-paru mama dah rosak. Sekarang air kerap bertakung dalam perut seperti orang mengandung. Setiap dua minggu sekali kena pergi ke hospital untuk tebuk, buangkan air yang banyak kat dalam perut ni. Berat sangat-sangat.

Nak makan tak boleh sampai menangis depan nasi

Bila air terlalu banyak, nak jalan pun tak lalu, mengah, sesak nafas, badan jadi lemah, nak makan tak boleh padahal perut sangat-sangat lapar sampai menangis-nangis depan nasi…

Nak naik tangga balik rumah, suami dukungkan. Kalau pergi mana-mana, suami dan anak-anak yang tolak dengan kerusi roda. Dulu, mama tolak anak bujang selepas dia operate besar dua kali. Sekarang abang yang tolak mama pulak sebab mama sakit.

Gigih mama masuk di dapur untuk anak bujang

Hari ini gigih mama masuk di dapur biar pun tak berapa kuat lagi. Tengahari tadi makan bersama anak bujang cancer survivor (kanser tulang tahap 3) yang doktor pakar sahkn positif kanser 2 tahun dulu. Sekarang dia dah berusia 11 tahun.

Dia tak ke sekolah hari ini sebab ada appoinment doktor, tangan yang pernah doktor potongkan tulang tangannya sebab buang sel kanser tu tadi. Tulang tangan tu gantikan dengan tulang kaki kecil satu. Doktor potong juga tulang kaki kecil dia, skrukan kat tangan.

Sekarang, tulang kaki tu dah tak sama memanjang dengan tulang tangan yang sedia ada. Doktor plan nak potong lagi tulang kaki yang lebih cepat tumbesarannya dari tulang tangan untuk bagi sama panjang dengan tulang tangan…

Tolong doakan semoga anak mama ni tak melalui operation lagi ye… Semoga Allah bagi lagi sekali keajaiban selepas dia sihat kembali sekarang. Mama dah tak sanggup nak tengok dia menahan sakit selepas operation. Dulu dia dah lalui dua operation besar semasa dalam rawatan.

Biar mama seorang sahaja yang sakit

Belah dada buang sel kat paru-paru pun dah… Bagi mama, biar la mama sorang je yang sakit. Doakan juga kami yang sedang berjuang ini untuk terus kuat dan kembali sihat. Terima kasih sahabat MAHN. Semoga Allah rahmati hidup kalian semua. Amin.

Rendang Pedas Daging Kering-Kering
Telur masin

*Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas doa-doa dan semangat buat kami berdua untuk menempuh hari-hari mendatang yang penuh mencabar. Saya pohon ke hadrat Ilahi, semoga di balas segala kebaikan sahabat semua serta dilindungi di dunia dan akhirat. 

Setiap derma yang anda hulurkan walau sedikit, menjadi pelaburan di akhirat kelak. Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan meringankan beban Puan Azlinda sekeluarga boleh berbuat demikian di nombor akaun tertera seperti berikut : 

Nor Azlinda Abu Mansor : Maybank (112222349635)

Sumber : Cik Puan Linda Zam via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.