Siakap Keli
Gambar: Facebook

“Martabat Mereka Diperlekehkan,” Guru Kesal Kes Waris Serang Guru Bagai Tiada Kesudahan

Kes-kes melibatkan guru, pelajar dan juga ibu bapa seperti sudah menjadi barah dalam komuniti masyarakat kita. Pelbagai kes telah dilaporkan sehingga boleh menggugat nama baik institusi pendidikan.

Terbaru, media sosial gempar dengan satu rakaman video yang memaparkan seorang guru diserang oleh beberapa orang awam difahamkan berikutan salah faham yang membabitkan seorang pelajar digantung persekolahan.

Terkesan dengan peristiwa tersebut, seorang pendidik melalui halaman Facebook miliknya berkongsikan kekesalannya dari pelbagai sudut mengenai kes yang berlaku pada pagi Sabtu itu.

Kes waris serang guru penolong kanan di kawasan sekolah. Di rakam dan tular. 
Saya malas nak ulas panjang. Sebab letih nak nasihat ibubapa perangai macam ni. Sudah dinasihati agar jumpa dan runding baik-baik jika ada masalah dengan pihak sekolah. Bukan serang dan rakam. 
Selepas ni KPM kena tegas..orang awam tak boleh rakam gambar / video didalam premis sekolah. Buat undang-undang macam Kementerian Kesihatan arahkan pada semua klinik dan hospital kerajaan. Saman mereka yang melanggar undang-undang ini jika berniat menjatuhkan nama baik institusi pendidikan. 
Saya rasa JIKA SELEPAS INI ADA ADEGAN MAAF BERMAAFAN ianya hanya lakonan penyedap rasa..hipokrit semua tu. Sekolah kena berani bertindak… 
Lagi satu… Pengawal keselamatan perlu di soalsiasat. Kemana mereka semasa kejadian itu berlaku?

Image may contain: 1 person, shoes
Rata-rata warganet yang menurunkan komen terhadap perkongsian tersebut nyata bersetuju dengan pendapat beliau.
Setuju. KPM mesti tegas…baru lah institusi pendidikan tidak sewenang-wenangnya dipermainkan diperlekehkan
“Kesian cikgu-cikgu alah sekarang martabat mereka diperlekehkan”

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra