Siakap Keli
Gambar: Tealive Muar

Pelanggan Dakwa Jumpa Kamera Dalam Tandas, Pihak TeaLive Muar Tampil Buat Penjelasan

Baru-baru ini tular satu insiden di cawangan francais minuman segara yang kian terkenal di negara ini. Ia berlaku tatkala seorang pelanggan kedai mereka telah menjumpai kamera yang diletakkan di berus sabut. Berus itu kemudiannya telah ditempatkan di penjuru tandas.

Justeru, pihak cawangan tersebut telah memuatnaik hantaran menjelaskan perkara sebenar kepada orang awam. Menurut mereka:

Kepada Semua Pelangan-Pelangan,

Kami ingin meminta maaf di atas satu kejadian yang telah berlaku di kedai kami pada semalam (17/7/2019) iaitu pada jam lebih kurang 11.00 malam, seorang lelaki disyaki telah menyorokkan satu kamera pinhole di dalam berus sabut yang diletakkan di penjuru dalam tandas.

Seorang pelanggan kedai kami telah menjumpainya dan melaporkan kepada penyelia kedai kami. Pihak kami telah segera mengambil keluar kamera pinhole tersebut dan segara membuat laporan polis.

Pihak polis telah menyiasat dan mengesahkan tiada apa-apa rakaman video yang dirakamkan di dalam SD kad kamera pinhole tersebut. Lelaki yang disyaki di dalam CCTV kedai kami telah dipanggil untuk memberikan keterangan tetapi tiada bukti kukuh untuk mengaitkan dan seterusnya menangkap beliau ketika berlakunya kejadian tersebut. Kami tidak boleh mempamerkan gambar lelaki terlibat untuk pengetahuan awam kerana tiada bukti kukuh.

Kami menyebarkan kejadian ini dan berharap kesemua pelanggan lebih berhati-hati terutamanya kaum wanita ketika menggunakan tandas awam dan melaporkan sebarang kejadian yang mencurigakan dengan kadar segera.

Kami juga memberi jaminan bahawa semua pekerja, makanan dan minuman di kedai kami adalah selamat dan berharap supaya semua pelanggan-pelanggan kedai kami tidak takut untuk mengunjungi kedai kami lagi dan masih lagi memberikan sokongan yang penuh kepada kedai kami.

Kedai kami juga berjanji akan mengukuhkan lagi langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi di kedai kami.

Sumber: Tealive Muar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)