Siakap Keli

Tular Rakaman Gadis Pijak Al-Quran, Jawapan Bapa Buat Hati Sebak

Media sosial baru-baru ini kecoh dengan rakaman yang memaparkan tindakan seorang remaja perempuan yang memijak al-Quran dihadapan rakan-rakannya lain. Kesan daripada tindakan tersebut, rata-rata netizen melontarkan kecaman terhadap kumpulan gadis berkenaan.

Tertarik dengan perkara tersebut, seorang individu yang dikenali sebagai Poknik mengunjungi rumah keluarga remaja tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Menurut bapa gadis tersebut, anak gadisnya itu tidak berapa ‘sihat’ dan jarang bercampur orang yang seusia dengannya.

Pemikiran dia tak waras mana, pemikiran dia macam budak-budak. Dia selalu main dengan budak-budak. Dia jarang la bercampur dengan orang besar-besar ni.

Menurut kakak gadis berkenaan, adik perempuannya itu telah dipaksa oleh rakan-rakan untuk melakukan perbuatan tersebut.

Saya tanya dia, dia cakap memang dipaksa untuk memijak al-Quran tu, kemudian dia cakap kalau tak pijak al-Quran itu dia diugut untuk si ***** ni membuat sesuatu kepadanya.

Kemudian dia beritahu lagi dia tahu benda tu tak baik untuk dia pijak, tetapi dipaksa berbuat begitu.

Penjelasan yang telah dibuat oleh ahli keluarga remaja tersebut walau bagaimanapun telah membuka mata masyarakat umum supaya tidak menghukum terlalu cepat tanpa usul periksa.

Menerusi rakaman temu ramah itu juga, netizen dinasihatkan agar tidak terus menghukum keluarga mangsa kerana kita sebagai orang luar tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra