Siakap Keli

(Video) PM Lancarkan Logo Tahun Melawat Malaysia 2020

SEPANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia (VM) 2020.

Logo itu menampilkan pelbagai ikon Malaysia yang dikenal biasa seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.

Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo beliau dipilih daripada beratus-ratus penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tempoh pertandingan awal tahun ini.

Logo baharu itu menggantikan yang terdahulu dilancarkan di  Chiang Mai, Thailand oleh bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempena Forum Pelancongan ASEAN tahun lepas.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)