Siakap Keli
Gambar: PanduLaju

Waspada Jalan Licin, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di Tujuh Buah Negeri Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kawasan dan negeri yang dijangkakan terlibat ialah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sawarak, Sabah dan Labuan.

Kawasan yang dijangkakan terjejas berikutan ribut petir ini ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin (Pahang), Jelebu, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan) dan Johor bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Bagi kawasan di luar Semenanjung pula ialah Sarikei(Meradong), Sibu(Sibu dan Selangau), Kapit (Kapit dan Belaga, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang(Lawas) (Sarawak), Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampung, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) (Sabah) dan (Labuan)

Amaran ribut petir ini dijangka berlarutan sehingga jam 7 petang ini. Pengguna jalan raya terutamanya yang menaiki motorsikal dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa