Siakap Keli

43 Tahun Berkhidmat ‘Di Atas’ Awan, Detik Persaraan Juruterbang Ini Undang Sebak

Detik terakhir ketika menjalankan tugas sudah pastinya merupakan saat paling hiba bagi setiap pekerja. Mana tidaknya, tanggungjawab yang digalas bertahun-tahun malah mencecah puluhan tahun, akhirnya akan berakhir.

Begitulah yang dialami oleh seorang juruterbang yang telah menamatkan penerbangan terakhirnya selepas 43 tahun berkhidmat. Sun Hongwei, 61, telah memulakan penerbangan pertamanya ketika berusia 18 tahun dan telah merekodkan lebih daripada 24,607 jam di langit. Tempoh penerbangan tersebut boleh disamakan dengan jarak seperti terbang di sekeliling bumi sebanyak 426 kali.

Sepanjang tahun itu, bekas kapten China Eastern Airlines itu telah berjaya menjalani penerbangan besar sebanyak 6,236 kali. Detik-detik terakhirnya menamatkan kerjaya sebagai juruterbang telah dirakamkan ketika dia mengucapkan selamat tinggal kepada penumpang.

 Tuan-tuan dan Puan-puan, ini adalah kapten anda yang bercakap. Hari ini merupakan penerbangan terakhir saya sebelum bersara. Saya memegang tanggungjawab yang besar dan keselamatan penumpang adalah keutamaan saya.

Saya sayangkan kerjaya juruterbang saya. Saya sangat bersenang hati bertemu anda semua hari ini. Saya berasa gembira dapat berkongsi waktu ini bersama anda.

Saya akan melengkapkan tugas terakhir saya dengan baik dan memastikan anda menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Penerbangan terakhir bekas kapten itu berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui di China. Reaksi sedih yang ditunjukkan oleh juruterbang tersebut telah meruntun jiwa rata-rata anak kapal dan juga netizen. Rakaman detik terakhirnya itu telah dikongsikan di media sosial di China dan dibanjiri mesej-mesej yang positif.

Sumber: Metro Uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa