Siakap Keli
Gambar: JKN Kedah

Berita Palsu Isu Van Jenazah Diguna Mayat Bukan Islam, Pihak JKN Beri Penjelasan

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai penggunaan Van Jenazah mayat orang Islam Hospital Kuala Nerang, Kedah Islam kepada bukan Islam. Hal ini telah menimbul rasa kesal penduduk setempat yang dirasakan tidak sensitif.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Negeri(JKN) Kedah tampil memberi penjelasan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, pihak JKN Kedah memaklumkan akan menggunakan van mayat dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra buat sementara waktu sebelum menerima penggantian van mayat yang lain.

Selain itu, pihak JKN Kedah juga menegaskan bahawa segala tindakan yang diambil tidak dipengaruhi oleh arahan mana-mana pihak seperti mana yang telah ditularkan baru-baru ini.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra