Siakap Keli

“Ini Pulau Perak, Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni,” Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

Sejak Jumaat lepas, Malaysia dikejutkan dengan insiden kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang bertugas di kawasan operasi. Anggota yang terlibat ialah Koperal David bin Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses ak Logers.

Usaha mencari dua anggota tersebut telah dipergiatkan bagi memastikan mangsa ditemui dengan secepat mungkin.

Memetik laporan Bernama, dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilapor hilang ketika bertugas di kawasan operasi Op Pejarak di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lepas (19 Julai).

“Kedua-dua anggota itu dikesan hilang pada lewat malam itu (19 Julai) ketika Ketua Penempatan membuat pemeriksaan malam bagi mengira kekuatan anggota.

“Pencarian telah dijalankan selepas itu oleh anggota namun terpaksa dihentikan ekoran cuaca yang tidak menentu,” menurut kenyataan itu.

Terkesan dengan insiden tersebut, rakyat Malaysia tidak putus-putus mengirimkan doa agar kedua-dua mereka ditemukan dalam masa terdekat.

“Semoga dipermudahkan urusan pencarian dan semoga mereka ditemui dalam keadaan selamat.”

“Semoga tiada perkara buruk berlaku ke atas kedua-dua anggota.”

Melihat kepada gambaran Pulau Perak, ianya dilihat sebagai kawasan yang bahaya untuk didiami, ditambah pula keadaan laut dalam keadaan yang mencabar.

https://platform.twitter.com/widgets.js

“Tapi ia agak sukar untuk berada di pulau dalam masa yang lama, bagi kebanyakan orang.”

“Memang memberi cabaran mental@fizikal bila tinggal di pulau.”

Walau bagaimanapun, diharapkan agar usaha pencarian akan lebih dipermudahkan dan kedua-dua anggota tersebut berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: MohdFaizalHassan, Kementerian Pertahanan Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra