Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Lelaki Bakar Rumah Kerana Marah Tiada Makanan

Tasek Gelugor : Seorang bekas banduan berumur 34 tahun bertindak membakar rumah keluarganya sendiri selepas marah tiada makanan untuknya dalam satu kejadian di sini semalam, kata Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya bapa suspek yang berumur 63 tahun bagaimanapun sempat memadamkan api yang bermula di bahagian hadapan rumah di Kampung Selamat itu sebelum merebak ke bahagian lain dan kemudiannya menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.00 petang itu.

”Polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian telah menahan suspek yang masih berada di rumah itu dan menemui  sebatang paip getah yang ada kesan terbakar dan bekas jag air dengan kesan minyak petrol di kawasan perkarangan rumah itu dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya lelaki itu dipercayai menyedut petrol daripada motosikal bapanya menggunakan paip getah berkenaa ke dalam jag air lalu menyimbah dinding bahagian depan rumah itu sebelum menyalakan pemetik api.

”Tindakan lelaki itu mulanya disedari ibunya yang kemudian mengejutkan bapa suspek yang sedang tidur di dalam rumah itu ketika itu dan sempat memadamkan api berkenaan sebelum merebak ke tempat lain,” katanya.

Noorzainy berkata suspek yang belum lama dilepaskan dari penjara itu dikatakan sering marah dan mengamuk sehinggakan ibu bapanya yang ketakutan telah membuat dua laporan polis sebelum ini.

“Ujian air kencing itu turut mendapati lelaki itu positif mengambil dadah dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.