Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Berat Dugaan Keluarga Kamu Dhamira Tapi Inilah Kehidupan. Situasi Kita Setiap Satu Tak Pernah Sama”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam hidup ini tiada seorang pun yang sepi daripada ujian. Cuma bentuk ujian yang menimpa itu berbeza atas seorang daripada seorang yang lain. Ada sesetengah orang Allah beri ujian yang kecil dan ada pula ujian yang besar ikut kemampuan seseorang hambanya.

Tapi, kepada insan yang kuat tidak pernah mengeluh walaupun secebis ayat seperti ‘haih’, ‘alaahh’ semua itu. Bayangkan seorang kanak yang kecil terpaksa menerima ujian hidup keluarganya yang boleh dikatakan susah. Walaupun kita tahu ramai yang susah dahulu, tetapi pada zaman sekarang ini mungkin sangat terbeban dengan kemiskinan.

Gambar Hiasan

Kisah yang diceritakan oleh Suhaili Baharudin tentang kawan anak kecilnya yang sering saja ‘mengepau’ makanan rakan yang lain semasa di sekolah. Bunyi agak pelik, tetapi itulah lumrah kehidupan yang sedang dilalui oleh kanak kecil yang bernama Nur Dhamira. Suci namanya yang bermaksud jiwa.

Beberapa bulan lepas Amanda balik dari sekolah bercerita tentang seorang kawan dia yang waktu rehat tak ada kerja lain kecuali mengepaw makanan kawan-kawan. Amanda (anak Puan Suhaili) kata dia perasan yang si Dhamira ni memang tak membeli dikantin. Cuma makan sesudu dua dari makanan kawan A dan kawan B. Sekadar cukup untuk mengalas perut.

Kesian agaknya, satu hari anak den tu beri seringgit. Berlari budak tu ke kantin tapi rupanya cuma beli air. Dahaga amat barangkali.

Selepas kejadian itu, pasangan suami isteri ini memberi duit lebih kepada anaknya untuk diberi kepada anak yang kuat dan berjiwa kental ini.

Bermula esoknya, Amanda diminta oleh daddy dan mommy bawa duit lebih ke sekolah. Setiap waktu rehat dia kena pass duit itu pada Dhamira tanpa culas. Oh mereka berdua lain kelas jadi waktu rehat dikantin adalah tempat pass duit.

Jadi yes, kami menanggung anak orang yang kami langsung tak kenal siapa dan entah apa cerita disebaliknya. Eh ini bukan cerita riak tau sebab bukan banyak mana pun belanja kantin sekolah rendah tu. Dan ianya langsung tidak membebankan.

Ia lebih kepada mendidik Amanda supaya lebih empati, penuh rasa belas, memahami bahawa setiap kasut itu tidak sama ceritanya.

Inilah wajah si cilik Amanda anak kepada Puan Suhaili

Selepas hampir 4 bulan, ada satu hari tu Kak Eli dan suami jemput lambat dari sekolah. Amanda dan Malaeka meluru datang sambil cakap’ mommy itu Dhamira!’

Polos. Wajahnya seperti kanak-kanak lain. Bersih tiada dosa. Kak Eli turun dan datang pada dia yang berdiri seorang diri di kantin. Tunduk dan pegang kedua tangan dia sambil dongak bertanya.

Tunggu siapa?
‘ Mama.

Mama kerja dimana?
‘ kilang’

Rumah dimana?
‘kampung ***’

Dhamira dapat tak duit Amanda beri hari-hari?
Angguk.

Okey. Kamu beli makanan tau. Jangan minta makanan kawan lain dah. Kalau tak cukup bagitahu Amanda ya?
Angguk.

Kemudian jangan beli air manis. Sirap oren sarsi semua tu tak mau. Minum air kosong aje bawa dari rumah. Baru kita sihat. Kenapa tak bawa bekal air?
‘Mama kata tak ada duit nak beli bekas.’

Kenapa kamu tak bawa duit belanja?
‘Mama kata belum gaji.’

Sungguh kental jiwanya melalui pahit getir hidup pada usia 7 tahun. 

Berat dugaan keluarga kamu Dhamira tapi inilah kehidupan. Situasi kita setiap satu tak pernah sama. Jalan cerita kita juga berbeza. Tak semua perjalanan hidup itu seindah kisah.

Dan sebab itu andai orang seolah tak faham bahawa jalan hidup manusia itu tidak sama kemudian pukul rata dengan menuduh kita malas, tak cukup banyak berusaha, bertenang itu perkara membuang masa, sesungguhnya tolong lah doakan orang itu.

Lepas daripada kejadian itu, Suhaili bergegas mendapatkan bantuan RMT untuk anak kecil itu, dan semuanya selesai. Kini beliau tidak perlu bersusah hati lagi dengan tidakan kanak itu ‘mengepau’ rakannya atau terpaksa berlapar dek kerana rakan tidak beri makanan.

Walaubagaimanpun, ini adalah satu tindakan yang bagus dan baik untuk mendidik anak kecil seusia 7 tahun untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar. Semoga setiap langkah anak kecil Amanda ini akan sentiasa menoleh melihat kesusahan orang lain dahulu.

Semoga Dhamira sekental jiwanya ini juga cemerlang dan berjaya. Sentiasa menjadi pemegang panji kejayaan dan jiwa yang menjadi pelopor untuk berusaha sebelum berserah menerima takdir.

Sumber: Suhaili Baharudin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)