Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto; Info Roadblock)

Motosikal Berlanggar Satu Sama Lain, Pasangan Suami Isteri Dilaporkan Maut

Kita semua tahu, ajal maut ditangan Tuhan. Kita sebagai seorang manusia tidak terlepas dengan berpisahan, mahupun berpisahan hidup ataupun kematian. Seseorang itu pasti akan menempuh ajal walau bagaimana cara sekalipun.

Paling menyedihkan, apabila kita kehilangan orang tersayang. Jauh disudut hati ini lebih pilu bila mengenangkan naseb anak-anak kecil yang sudah bergelar yatim piatu. Walaubagaimanapun, semuanya telah pun ditentukan oleh Allah SWT, maka kita haruslah menerima takdir itu dengan redha.

Rujuk pada Bernama hari ini, pasangan suami isteri maut dan dua lagi cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar antara satu sama lain di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu penunggang motosikal lelaki yang membonceng wanita itu maut selepas cuba mengelak insiden pelanggaran antara dua lagi motosikal.

Hasil siasatan mendapati terdapat dua buah motosikal pada awal kejadian yang telah bergesel dan terbabas di lokasi kejadian, kemudian tiba sebuah lagi motosikal yang cuba mengelak daripada insiden pelanggaran itu, namun gagal lantas melanggar penghadang jalan di kiri jalan.

Kedua-dua mereka Muhammad Hamadi Zakaria serta Nur Syuhadah Zaini yang masing-masing berumur 31 tahun maut di tempat kejadian sementara dua penunggang motosikal lelaki yang kemalangan di awal kejadian cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azman, dua mangsa lelaki Mohd Saad Ismail, 45 tahun dan Sainuddin  Sukkur, 51, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Beliau berkata kedua-dua mayat dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat manakala kes berkenaan disiasat di bawah Sek 41(1)APJ 1987.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)