Siakap Keli
Kredit: Google

31 Jenis Fobia: Banyak Yang Pelik, Tapi Nombor 23 Ramai Orang Alami

Fobia merupakan ketakutan melampau terhadap sesuatu perkara sehingga boleh menjejaskan kehidupan seseorang apabila terdedah kepada perkara tersebut.

Menurut American Psychiatric Association (APA), tiga fobia utama ialah;

Fobia sosial (social phobia/anxiety). Fobia ini membuatkan seseorang takut dimalukan, dihukum atau diasing di tempat awam. Namun, ia berbeza dengan rasa malu.

Agoraphobia pula merupakan ketakutan berada di dalam situasi panik misalnya berada di luar rumah, berada dalam kenderaan awam, lif, tempat terbuka atau tempat tertutup.

Fobia spesifik pula merupakan ketakutan yang tidak rasional ke atas sesuatu rangsangan.

Punca

Kebanyakan fobia bermula ketika zaman kanak-kanak, remaja dan awal dewasa. Fobia jarang bermula selepas seseorang berumur 30 tahun.

Ia terjadi daripada pengalaman menakutkan yang menyebabkan tekanan kepada individu terlibat. Kanak-kanak juga boleh ‘mempelajari’ fobia dari ibu bapa atau ahli keluarganya.

Berikut merupakan 31 jenis fobia yang merupakan cabang dari ketiga-tiga fobia utama di atas.

1. Alliumphobia-Takut bawang putih

Kredit: Quizz Club

2. Aurophobia– Takut dengan emas

3. Bibliophobia – Takut dengan buku

4. Batophobia – Takut dengan bangunan tinggi

5. Bathophobia – Takut dengan kedalaman

6. Decidophobia – Takut membuat keputusan

7. Deipnophobia– Takut dengan perbualan di meja makan

8. Didaskaleinophobia– Takut pergi ke sekolah

9. Doxophobia– Takut meluahkan pendapat dan menerima pujian

10. Eisoptrophobia– Takut melihat diri sendiri di dalam cermin

Kredit: The Haunted Pen

11. Elurophobia/Felinophobia-Takut kucing

12. Erythrophobia/Erytophobia/Ereuthophobia– Takut warna merah, lampu isyarat merah dan pipi berwarna merah

13. Hemophobia/Hemaphobia/Hematophobia– Takut darah

14. Hypengyophobia/Hypegiaphobia – Takut dengan tanggungjawab

15. Hypsiphobia– Takut dengan ketinggian

16. Iatrophobia-Takut berjumpa doktor

17. Katsaridaphobia– Takut lipas

18. Lachanophobia-Takut sayur

19. Ligyrophobia– Takut bunyi bising yang kuat

20. Microbiophobia– Takut mikrob atau bakteria

21. Nosocomephobia– Takut hospital

22. Noctiphobia– Takut malam

23. Obesophobia– Takut berat badan naik

24. Ochlophobia – Takut orang ramai

Kredit: PsychBC

25. Peccatophobia– Takut berbuat dosa atau jenayah yang dibayangkan

26. Pentheraphobia/Novercaphobia– Takut ibu mentua atau ibu tiri.

27. Plutophobia– Takut kekayaan

28. Pluviophobia – Takut hujan atau ditimpa hujan

29. Pharmacophobia– Takut ubat

30. Scopophobia/Scoptophobia– Takut dilihat atau ditenung

31. Trypanophobia– Takut disuntik

Kredit: Tiny Step

Rawatan

Kebanyakan fobia boleh dirawat samada melalui terapi atau pengambilan ubat, bergantung kepada jenis fobia. Melalui terapi, pakar akan mendedahkan individu tersebut kepada rangsangan fobia secara berperingkat untuk membantu mengurangkan sensitiviti individu tersebut dengan perkara yang membuatkannya menjadi takut.

Selain itu, antara ubat yang sering digunakan untuk merawat fobia ialah antidepresan, ubat penenang (tranquilizer) dan beta blocker untuk mengurangkan simptom cemas dalam bentuk fizikal ketika diserang fobia.

Sumber: Phobia List, Medical News Today

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.