Siakap Keli
Gambar Hiasan

8 Syarikat Telekomunikasi Malaysia Ganding Bahu Tawar Panggilan Percuma Untuk Hubungi Befrienders

Untuk makluman anda semua, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa mereka berganding bahu bersama 8 buah syarikat telekomunikasi tempatan untuk panggilan percuma kepada talian Befrienders. Rujuk pada Bernama, ia akan bermula pada 1 Ogos ini.

Secara tidak langsung 8 syarikat ini telah menunjukkan sokongan kepada kerajaan mengenai menangani masalah kesihatan mental.

Ia hasil inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang berganding bahu dengan lapan syarikat telekomunikasi dalam menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab masyarakat dalam menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)