Siakap Keli
UTM Library & KBSMalaysia

Bayaran Elaun Praktikal Bakal Diperkenalkan Semula – Syed Saddiq

Ekoran usaha Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang ingin memperjuangkan hak golongan belia terutamanya pelajar mengenai pembayaran elaun interim kepada pelajar praktikal, rata-rata belia terutamanya pelajar memberi sokongan terhadap usaha ini.

Sebentar tadi, pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui halaman Facebook telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan usaha tersebut.

Berdasarkan kenyataan tersebut, kewajipan pembayaran elaun kepada pelatih (intern) akan diperkenalkan semula oleh kerajaan. Langkah ini dianggap sebagai permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar dan diharapkan akan dijadikan satu standard di Malaysia tidak kiralah sektor awam mahupun swasta.

Sumber: KBSMalaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra