Siakap Keli

Bukan Saja Buat Ramai Kat Pit Stop Tu, Ini Tugas Krew-Krew Formula One Buat Masa Kereta Nak Tukar Tayar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nama Michael Schumacher sememangnya sudah tidak asing lagi dalam dunia Formula Satu (F1). Malah kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 80 hingga 90 an pastinya pernah menjadikan beliau idola. Manakan tidak, Schumacher dianggap sebagai lagenda terhebat yang berkali-kali menaiki podium menjulang kemenangan dan memegang rekod kejuraaan terbanyak.

Namanya mula disebut-sebut terutamanya apabila Grand Prix Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Perlumbaan FIA telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1960-an. Perlumbaan ini dahulunya pernah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, Malaysia. Dan kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Mahathir Mohamed ada menyatakan hasrat beliau untuk membawa semula Formula 1 kembali ke Malaysia.

Namun, jika menonton berlumbaan yang mendebarkan ini, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa seorang pemandu litar Formula one memerlukan krew yang banyak disampingnya sedangkan hanya beliau sahaja yang mmenadu jentera lumba. Justeru, seorang pengguna Twitter telah memuatnaik ciapan mengenai tugas setiap krew Formula 1. Menurutnya:

Ramai orang taktau roles setiap pit stop crew bila tengok F1 race sama ada di TV atau live.

adakah depa ni setiap org memang ada tugas tersendiri atau saja buat ramai kat pit stop lane acah-acah buat busy sbb takmau kena marah dgn boss ? Ini sebenarnya tugas mereka.

Tahun 2016 F1 baku grand prix. satu sejarah telah tercipta di Azerbaijan oleh Williams Mercedes bila pit stop crew mereka cuma ambil masa 1.92 saat untuk tukar keempat empat tayar kereta yang dipandu Felipe Massa. Ia menyamai rekod RedBull waktu US grand prix yg dipandu mark webber 2013.

Benda ni sekaligus mengejutkan industri sukan permotoran F1, ada yg sampai kata 1.92 saat tu adalah masa yg amat sikit berbanding seorang manusia normal untuk sebut perkataan “Azerbaijan”.

Sebab tu time bila pit stop, audience kalau boleh jangan kelip mata sbb once u blink, u missed all the golden moment.

In fact kalau bawah 2.5 saat F1 pit stop tu kira biasa. nak dibandingkan dengan nascar dan gran turismo tak boleh sbb beza regulation, equipments, mechanisms dan sebagainya.

Kita cuma nampak bright side tengok org kerja di pit lane, tapi kita taktau di sebalik nya sebenarnya agak horror sebab nyawa hang dalam risiko seperti gas leaking atau terlanggar kereta sbb f1 car accelerate terlalu awal.

Pitstop crew memang dilatih berbulan-bulan untuk make sure semua benda berjalan lancar waktu race day.

Mereka siap kena training fitness lagi dan kuat mental fizikal sebab bekerja sebagai pit stop crew ni memang high pressure. Okay ni antara diagram yang kotang boleh refer. Setiap individu ada tugas masing-masing. Tak boleh suruh member ganti buat sementara. Mostly tugas diberi berdasarkan fizikal masing-masing.

Tyre Men  cenderung menjadi lebih tangkas untuk menukar tayar kereta dengan cepat sementara Jack Men function lebih kepada fizikal supaya mereka mempunyai kekuatan untuk mengangkat kereta di bawah tekanan yang tinggi.

[1] aku akan start dengan Lollipop Man.

Lollipop Man dikendalikan oleh chief me hanic dan bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan prosedur. dia ni senang crita mcm team leader atau supervisor la dan kalau apa2 incident berlaku, dia akan kena marah dulu dengan org atasan.
Lolipop Man (Gambar: TG Racing)
Lollipop Man jugak antara orang yang bertanggungjawab untuk decide sama ada semua crew members dah settle kerja atau belum dalam range waktu 3 saat cemas tu. kalau dah settle, means dia sendiri akan bagi greenlight untuk kereta jalan. sekali dia tersilap buat keputusan, satu team hancur.

[2] Front atau Rear Jack Men

Tugas mereka adalah untuk mengangkat kereta f1 bila kereta kereta dah ngam-ngam masuk dalam pit lane (lorong). Tayar tak boleh ditukaR selagi kereta tak terangkat dan mereka guna ‘special tool jack’ yang cuma diguna pakai dalam F1 sahaja.
Grambar: Craig Scarborough

[3] Tyre Gunner (first men)

Tugas dia hanya cabut wheel nut dan pasang balik nut tersebut bila tayar lama selesai diganti dengan tayar baru sahaja. Dia punya partner ada 2 orang namanya Tyre Man On dan Tyre Man Off. Ni special tools yg dia guna, namanya pneumatic gun.

Gambar: Formula One Dictionary

Tyre Men Off (second men) sebab apa aku sebut second men ? Sebab tugas mereka hanya untuk cabut tayar lama dari shaft lepas Tyre Gunner cabut wheel nut. Mostly mereka ni jenis yang fizikal besar la sebab kerja angkat tayar kan.

Tyre Men On (third men) pulak nama dia third men sebab dia yang bertanggungjawab tolong smasukkan tayar baru masuk ke shaft, lepas tu Tyre Gunner pun akan skru balik tayar baru tu guna pneumatic gun. third men dan second men tak guna equipment apa pun. banyak guna fizikal dan kudrat.

Tyre Gunner, Tyre Men Off dan Tyre Men On, ketiga-tiga ni role depa selari cuma beza positioning iaitu kedudukan depa sama ada jaga tayar depan atau belakang. kalau jaga tayar belakang, tambah perkataan REAR. kalau jaga tayar depan, tambah perkataan FRONT. so far semua faham kan ?

[3] Stabilizer

Ini antara individu yg perlu ada kiri dan kanan bahagian body kereta untuk make sure kereta seimbang waktu kena jack dan masa tengah replace tayar. kadang-kadang kerja mereka, buang debris, plastic sampah atau unwanted object daripada mengganggu lubang aerodynamic.

Stabilizer (Gambar: Wheel24)

[5] Front atau Rear Wing Adjuster

Sama ada waktu practice day, qualifying round atau race day, driver & race engineer akan berbincang dgn driver pasal keseimbangan kereta sama ada kereta tersebut mengalami situasi understeer atau oversteer. so time ni wing adjuster akan main peranan.

Mesti org hairan “kenapa tak install device atau active technology mode untuk driver tu adjust sendiri front atau rear wing ?” Boleh ja tapi benda tu diharamkan mengikut rules dan regulation yang ditetapkan oleh Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) FIA ni mcm FIFA la.

Tugas wing adjuster ni mungkin nampak simple. waktu pit stop, mechanics atau adjuster akan adjust part ni sama ada ke atas atau ke bawah & part tersebut dipanggil front flap angle.

Race Engineer pulak akan suruh mechanics untuk membuat sayap ‘beralih’ mengikut strategy. adjustment tu mudah ja mcm 360 degree adjustment screw. Satu adjustment pasukan ‘tidak semestinya sama dengan pasukan lain, sbb geometri sayap atau adjuster berbeza untuk setiap pasukan. Setiap adjustment di wing main sesuatu peranan sama ada untuk nak potong kereta lain, lain adjustment dia.

[6] Stop Marker

Tugas dia untuk make sure driver berhenti di betoi2 stopping point mengikut longitudinal axis & tak boleh melencong sedikit pun. kalau kereta stop terlalu kedepan, terlalu ke kanan atau terlalu ke kiri, ini akan spoil rhythm.

Gambar: TKSST

Positioning setiap crew members dan mechanics terpaksa pulak nak adjust position disebabkan error yg driver buat, dah buang masa dah kat situ. kalau terlebih even 10cm atau 20 cm. secara kasar pit crew dah buang masa sebanyak 0.6 SAAT ! ya dalam pit stop, masa itu emas !

Bila stop marker bagi dah confirm make sure jack dan wheel guns dah remove daripada kereta, so stop marker akan inform lollipop man yg pegang lampu ni (gambar) then lollipop man pun akan bagi green light & driver dibenarkan untuk jalan.

[7] Emergency Starter

Kereta f1 takda onboard starter mcm kereta yg kita naik hari2 yg boleh pulas kunci atau tekan button tu ya kawan. emergency starter ni selalu muncul waktu sebelum race di indoor pitstop. jarang dia tunjuk muka kat outdoor pitstop. nama pun emergency kan.

[8] Fire Extinguisher

sekarang FIA dah ban sebarang aktiviti fuel refueling atau isi minyak dlm kereta F1. means kena isi siap-siap sebelum start race. tapi mcm-macam boleh jadi contoh mcm fuel leaking so Fire Extinguisher ni cuma standby kt pit lane kot2 berlaku emergency.

Sumber: Hafiz

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)