Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Dakwa Anak Dibuli Di Sekolah, 2 Kali Dada Dipercayai Ditusuk Dengan Pensel Sampai Tinggal Kesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila hantar anak-anak ke sekolah dengan harapan mereka baik-baik saja. Mana ada ibu bapa yang sanggup anak mereka dibuli atau diperlakukan dengan perkara yang tidak baik. Acap kali kita dengar, kes buli ini terjadi bila umur meningkat remaja, jarang kita dengar ia berlaku pada kanak-kanak seawal usia 7 hingga 10 tahun.

Apabila seseorang yang dibuli, pasti mereka akan mengambil sikap berdiam daripada beritahu kepada ibu bapa serta guru. Mungkin jika mereka beritahu, mereka akan lebih terasa terancam dengan si pembuli yang lebih bersikap dominan.

Gambar Hiasan

Kisah ini dikongsikan oleh Noorezan melalui laman Facebooknya mendakwa dimana anaknya menjadi salah seorang mangsa buli di sekolah. Perkara ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa lain supaya lebih prihatin dengan kebajikan anak-anak di sekolah.

Menurut Mell, kejadian ini berlaku minggu kedua persekolahan baharunya. Untuk dijadikan cerita, anaknya merupakan pelajar baharu di sekolah tersebut. Pada awalnya persekolahan dulu, anak ini tidak mengalami sebarang masalah.

Tetapi sejak kebelakangan ini, anak kecil yang berusia 8 tahun ini mengadu dia dibuli tetapi ibunya tidak ambil perhatian, mungkin bagi ibunya ini perkara biasa apabila masuk ke alam persekolahan tambah-tambah lagi bila bergelar pelajar baharu.

Sejak dua minggu lepas, anak saya selalu pulang ke rumah terus makan seperti orang lapar, sebelum ini anak saya bersemangat kalau bab makan. Ada juga satu hari, ketika pulang dari sekolah, keadaan baju sekolahnya kotor dan dia menangis. Bila ditanya, rakan-rakan gelakkan dia sebab dia pelajar baharu’ kata ibunya.

Bila ditanya, katanya ada pelajar lain minta wang belanja daripadanya sehinggakan tidak makan dan minum di sekolah. Seperti anak kecil yang lain, dia takut memberitahu ibunya tentang kejadian itu atas sebab takut dimarahi.

Hari ini, sekali lagi kejadian yang tidak diingini terjadi kepada anak Puan Noorezan di mana dia ditusuk menggunakan pensil ke arah dadanya oleh rakan sekelas. Hati ibu mana tidak hancur bila dengar berita seperti ini, terutama sekali bila melihat depan mata anak meraung kesakitan.

Dia cakap bunuh saya dan padan muka, kata anak kecil ini.

Menurut anak kecil ini, disebabkan takut dimarahi guru, dia segera hantar buku kepada guru tetapi dihalang oleh rakannya akibat berang dengannya, rakan tersebut terus tusuk pensil kearah dadanya. Sebelum ditusuk dengan pensil yang tajam, si pelaku menggunakan pensil yang tumpul sehinggakan melekat bekas pada dada anak kecil ini.

Menurut ibunya, pemeriksaan doktor hari ini tidak menunjukkan sebarang yang serius tetapi doktor meminta untuk ibu bapa pantau keadaannya. Sejak kejadian itu, anak kecil ini masih trauma untuk ke sekolah.

Pada ibu bapa semua, jika anak-anak mengadu dibuli janganlah tidak mengambil endah dalam hal ini. Supaya tidak berlaku lebih serius lagi dan janganlah pula salahkan pihak sekolah kerena mereka mempunyai pelajar yang ramai untuk dikawal.

 

Sumber: Noorezan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)